Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwah Indonesia didakwa ubah wang haram, sebar ajaran sesat

Nov 03, 2023 | 11:31 AM



JAKARTA: Polis Indonesia pada Khamis mendakwa pengasas Pondok Pesantren dan Yayasan Al Zaytun, Panji Gumilang di bawah undang-undang antipengubahan wang haram, berhubung dakwaan mengumpul dana menggunakan banyak nama bagi pihak yayasannya.


Panji, 77 tahun, kini ditahan di bandar Indramayu, Jawa Barat, selepas dinamakan sebagai suspek penodaan agama, berikutan laporan bahawa sekolah pondoknya mengajar pelajar menentang ajaran Islam asas dan mempromosikan tafsiran alternatif Al-Quran.

Siasatan berasingan terhadap kegiatan pengumpulan dana dan pengurusan kewangan di yayasannya, telah dimuktamadkan dengan polis mendakwa menemui bukti penyelewengan.

Encik Panji telah menggunakan sekurang-kurangnya lima identiti dan kad pengenalan berbeza, untuk membuka akaun bank bagi menerima sumbangan penderma dan bantuan kewangan pemerintah untuk pendidikan, kata Brigadier Jeneral Whisnu Hermawan, pengarah bahagian jenayah khas polis Indonesia.

“Kami telah melancarkan siasatan ke atas lima identiti dan akaun bank berkaitan, dan menemui ribuan transaksi,” kata Jeneral Whisnu pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Jakarta Selatan, lapor arus media utama Indonesia.

Selain nama kelahirannya, Panji juga telah menggunakan empat identiti berbeza, untuk jalankan urus niaga kewangan.

Ia termasuk Abdurrahman Rasyid Panji Gumilang, Abu Totok, Abu Ma’arif, dan Syamsu Alam, kata pegawai itu.

Jeneral Whisnu tidak menjelaskan secara terperinci jumlah wang yang terlibat dalam jenayah yang didakwa itu, atas alasan siasatan sedang dijalankan.

Pendakwah warga emas itu boleh menghadapi tuduhan tambahan pemalsuan dokumen, tetapi Jeneral Whisnu berkata pasukannya kini menumpukan perhatian kepada kes pengubahan wang haram.

Panji, yang juga ketua pesantren dan yayasan Al Zaytun itu juga dinamakan sebagai suspek penodaan agama dan ditahan pada 1 Ogos.

Siasatan tertumpu kepada dakwaan pondok pesantren di bandar Indramayu, Jawa Barat, membenarkan lelaki dan wanita bersolat bersama dalam saf yang sama semasa Aidilfitri.

ia turut membenarkan seorang wanita menjadi imam ketika solat berjemaah.

Terdahulu Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa pihak berkuasa menahan Panji kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Kajian MUI yang dibentangkan pada 2002 menjelaskan Pondok Pesantren Al Zaytun terdedah kepada gerakan Negara Islam Indonesia (NII).

MUI juga berkata Panji menyatakan dengan jelas, Al-Quran bukanlah kalam Allah tetapi kalam Nabi Muhammad saw.


“Ketiga, haji tidak perlu ke Tanah Suci, tetapi ibadah di Al Zaytun sudah memadai. Ajaran ini menghina, menyeleweng daripada syariat Islam serta menyebarkan berita yang tidak benar dan meruntuhkan akidah umat Islam,” kata MUI. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >