Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN

Penduduk Gaza mula puasa tanpa gencatan senjata

Mar 11, 2024 | 12:47 PM



GAZA: Harapan antarabangsa untuk melihat gencatan senjata dilaksanakan di Jaluran Gaza sebelum bulan suci Ramadan musnah pada 10 Mac – beberapa jam sebelum rakyat Palestin memulakan ibadah puasa mereka.


Masalah itu berlaku ketika Hamas mengulangi tuntutan untuk gencatan senjata menyeluruh, yang telah ditolak oleh Israel.

Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat telah berusaha menjadi perantara gencatan senjata antara Israel dengan Hamas sebelum permulaan Ramadan pada 11 Mac, dan terdapat keyakinan untuk perjanjian saat akhir yang akan membolehkan pembebasan beberapa tebusan Israel yang ditahan di Gaza dan Rakyat Palestin ditahan di penjara Israel.

Malangnya, rundingan berminggu-minggu telah terhenti dan pemimpin politik tertinggi Hamas, Encik Ismail Haniyeh, berkata dalam ucapan televisyen pada 10 Mac bahawa Hamas mahukan perjanjian yang akan menamatkan perang, menjamin pengunduran tentera Israel dari Gaza, mengembalikan penduduk Palestin ke rumah mereka dan menyediakan keperluan kemanusiaan rakyat Gaza.

Israel hanya “mahu mendapatkan kembali tebusannya dan kemudian meneruskan perang terhadap rakyat kita,” katanya.

Encik Haniyeh menegaskan bahawa jika pengantara memberitahu Hamas bahawa Israel komited untuk menamatkan perang, berundur dari Gaza dan membenarkan kepulangan orang yang dipindahkan ke utara, maka Hamas bersedia melonggarkan isu pertukaran tebusan dan tahanan masing-masing.

“Musuh mesti memahami bahawa ia perlu membayar harga dalam isu pertukaran, tetapi keutamaan utama adalah melindungi rakyat kita, menamatkan pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai, mengembalikan orang yang dipindahkan ke rumah mereka, dan membuka ufuk politik untuk isu dan rakyat kita,” ujarnya.

Beberapa orang Palestin di Gaza telah mengkritik Hamas, dengan alasan kumpulan itu mengadakan rundingan untuk mendesak Israel membebaskan lebih ramai tahanan Palestin.

Dalam temu bual dengan akhbar, Politico yang diterbitkan pada 10 Mac, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menyatakan gencatan senjata tidak berlaku dan beliau “ingin melihat pembebasan tebusan” tetapi belum ada kejayaan dalam rundingan.


“Tanpa pembebasan, tidak akan ada gencatan senjata dalam pertempuran,” katanya.

Israel berikar menghapuskan tentera dan pentadbiran Hamas di Gaza sebelum bersetuju menamatkan perang.

Ia juga berkata matlamat utamanya ialah mengembalikan semua tebusan yang ditawan dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober.

Pada 8 Mac, Encik David Barnea, ketua Mossad, agensi perisikan Israel, dilaporkan bertemu Encik William J. Burns, ketua Agensi Risik Pusat (CIA) dalam usaha memajukan perjanjian bagi membebaskan tebusan.

Mossad menuduh Hamas berusaha mengapi-apikan wilayah itu dengan mengorbankan rakyat Palestin di Gaza.

Dalam temu bual dengan MSNBC pada 9 Mac, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata bahawa beliau tetap berharap bahawa pihaknya masih boleh membantu menyelesaikan gencatan senjata antara Israel dengan Hamas. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >