Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom Bandung pernah dijel atas dakwaan keganasan

Letupan di balai polis turut ragut nyawa seorang pegawai; sekitar 10 lain cedera
Dec 09, 2022 | 05:30 AM



BANDUNG: Seorang pengebom bunuh diri, yang disyaki mempunyai kaitan dengan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang diilhamkan oleh ISIS, telah membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang dalam satu serangan di balai polis yang terletak di Bandung, Jawa Barat, kelmarin, kata pihak berkuasa.



Penyerang itu, yang dikenal pasti sebagai Agus Sujatno, dipercayai marah dengan kanun jenayah baru Indonesia.



Ketua polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, yang telah mengunjungi tempat kejadian di stesen polis Astana Anyar di Bandung, memberitahu sidang media bahawa sembilan orang yang cedera merupakan pegawai polis.



Menurutnya, Agus Sujatno sebelum ini telah dipenjara atas dakwaan keganasan dan dibebaskan pada lewat 2021.



Para penyiasat telah menemui pelbagai dokumen yang membantah kanun jenayah baru kontroversial negara itu di tempat kejadian.



Walaupun terdapat peruntukan berasaskan syariah dalam kanun jenayah baru yang disahkan Parlimen Selasa lalu, kumpulan tegar Islam mungkin berasa marah dengan artikel lain yang boleh digunakan untuk membanteras penyebaran ideologi ekstremis, kata para penganalisis.



Ketua polis Jawa Barat, Jeneral Suntana, memberitahu saluran tempatan Metro TV bahawa satu motosikal biru yang dipercayai digunakan penyerang juga ditemui di tempat kejadian.



Terdapat nota dilampirkan yang mengutuk kanun jenayah itu sebagai "produk kafir".



Ia juga mengajak agar "menghapuskan penguatkuasa undang-undang".



Kanun jenayah itu atau KUHP, antara lain, melarang kritikan terhadap institusi negara dan presiden yang sedang menduduki jawatan - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.



Aduan itu, bagaimanapun, perlu difailkan oleh presiden itu sendiri.



Polis berkata penyerang tersebut membawa dua bom ke tempat kejadian, tetapi hanya satu yang diletupkan.



Metro TV menukil penduduk yang mengatakan terdengar bunyi ledakan yang kuat, sementara Kompas TV menunjukkan rakaman kerosakan di pintu masuk stesen polis serta jalan raya yang tertutup di kawasan tersebut. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >