Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengerusi: Asean jaya atasi sebahagian besar ancaman Covid-19

Nov 12, 2022 | 07:38 AM



PHNOM PENH: Negara-negara Asean berjaya mengatasi sebahagian besar ancaman Covid-19, dengan setiap anggota Asean dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi positif, ujar pengerusi Asean yang juga Perdana Menteri Kemboja, Encik Samdech Techo Hun Sen.



Ini berdasarkan ramalan Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 yang menunjukkan kumpulan ekonomi Asean ini telah dapat meneruskan kegiatan sosioekonomi sejak pandemik melanda dunia tiga tahun lalu..



"Dengan ketabahan dan usaha yang utuh, negara-negara anggota secara individu dan Asean secara keseluruhan telah berjaya mengatasi ancaman global ini," ujarnya, dai majlis perasmian Sidang Puncak Asean ke-40 dan ke-41 dan puncak berkaitan semalam.



Sidang Puncak itu akan diadakan selama tiga hari hingga esok.



Meskipun prospek pertumbuhan positif, Encik Hun Sen menggalak anggota Asean untuk terus berwaspada kerana keadaan sosioekonomi semasa di rantau ini serta di seluruh dunia yang masih rapuh dan berpecah.



"Kita kini berada di persimpangan yang tidak menentu; kehidupan berjuta-juta rakyat di rantau ini bergantung pada kebijaksanaan serta pandangan jauh kita, keputusan dan dasar yang betul termasuk pendekatan realistik untuk menangani cabaran strategik yang kita semua hadapi," katanya.



Pemimpin dan wakil Asean berkumpul di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Puncak itu, yang bertema Asean Act: Addressing Challenges Together atau Tindakan Asean: Menangani Cabaran Bersama.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengetuai delegasi Singapura ke dan ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta para pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan memangku jawatan perdana menteri semasa ketiadaan Encik Lee.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dan Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang turut hadir dalam Puncak itu.



Pegawai Rumah Putih berkata Encik Biden dijangka menekankan kepentingan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan dan merentasi rantau Indo-Pasifik apabila beliau bertemu dengan rakan sejawatannya di Asean. Beliau juga berkemungkinan menangani banyak isu mendesak yang lain seperti usaha mempromosikan hak asasi manusia dan krisis yang sedang berlaku di Myanmar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >