Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penghantar makanan migran di UAE mogok tuntut gaji, keadaan kerja lebih baik

May 11, 2022 | 05:30 AM



DUBAI: Pekerja penghantar makanan migran di Amiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan mogok beramai-ramai kelmarin dengan menuntut gaji dan keadaan kerja lebih baik dalam satu tindakan industri yang jarang berlaku di negara itu.



Mogok itu menyusuli tindakan serupa bulan ini dengan pekerja migran memaksa sebuah syarikat lain menangguhkan rancangan memotong gaji.



Mogok itu mengganggu perkhidmatan syarikat penghantaran Talabat, anak syarikat Jerman DeliveryHero, di Dubai - pusat kewangan negara itu yang juga hab perdagangan dan pelancongan serantau.



Sekumpulan pemandu Talabat memberitahu Reuters semalam di luar sebuah restoran di Dubai bahawa mereka telah digalakkan mengambil tindakan untuk menuntut perjanjian lebih baik, oleh satu tindakan mogok awal bulan ini oleh pekerja penghantaran di Deliveroo.



Mogok tersebut, yang menjejas teruk perkhidmatan Deliveroo, menyaksikan syarikat penghantaran makanan Britain itu memenuhi permintaan pemandu agar tidak meneruskan rancangan mahu memotong gaji.



Kesatuan sekerja bebas, bantahan awam dan tindakan perindustrian dilarang di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.



Pemandu Talabat berkata mereka meminta kenaikan bayaran AS$0.54 ($0.75) kepada AS$2.59 bagi setiap pesanan untuk membantu menampung kos bahan api lebih tinggi, yang telah meningkat lebih 30 peratus tahun ini di UAE .



"Jika Deliveroo memberi bayaran ini... mengapa kami tidak mendapatnya?" kata seorang pemandu Talabat asal Pakistan memberitahu Reuters, meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang akan tindak balas daripada syarikat dan pihak berkuasa.



Pemandu Deliveroo di Dubai memperoleh kira-kira AS$2.79 bagi setiap penghantaran.



Pemandu penghantaran di Dubai merangkumi pekerja migran yang bergaji rendah dan biasanya bekerja melalui agensi, yang menurut ramai pekerja mengenakan bayaran bagi permit kerja mereka, yang menyalahi undang-undang di UAE.



Beberapa video yang dikongsi di media sosial menunjukkan pekerja penghantaran yang memakai pakaian seragam Talabat dalam beberapa kumpulan besar di beberapa bahagian Dubai dan enggan membuat penghantaran.



Jurucakap Talabat berkata pemandu penghantarannya, yang dikontrak melalui agensi, memperoleh purata 3,500 dirham ($1,320) sebulan dan sehingga minggu lalu, 70 peratus pemandunya menyatakan rasa puas dengan struktur gaji syarikat.



Tidak ada perubahan baru-baru ini pada model gaji, kata jurucakap itu dalam satu kenyataan, dengan syarikat itu komited mahu memastikan pemandu dapat terus menyara keluarga mereka.



"Kami memahami hakikat ekonomi dan politik sentiasa berubah, dan kami akan sentiasa mendengar apa yang penunggang katakan," kata jurucakap itu, tanpa menyatakan adakah syarikat itu sedang berbincang dengan mereka yang enggan bekerja.



Namun, pemandu Talabat menyatakan selepas membayar petrol, mereka memperoleh 2,500 dirham sebulan dan perlu bekerja 12 jam hingga 14 jam sehari, tujuh hari seminggu.



Pemandu tersebut memberi amaran bahawa mogok itu boleh berlanjutan sehingga syarikat Talabat komited dengan kenaikan gaji, walaupun ada yang berhati-hati untuk mogok terlalu lama kerana bimbang akan tindak balas pihak berkuasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >