Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penjualan hartanah Johor dijangka meningkat susuli syarat program kediaman M’sia dilonggar

Oct 23, 2023 | 11:41 AM



ISKANDAR PUTERI (Johor): Langkah melonggarkan syarat program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) ditambah dengan kenaikan kos sewa di Singapura akan membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.


Pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan Johor itu berkata antara suku pertama 2022 dengan suku pertama 2023, bilangan hartanah yang dijual di Johor telah meningkat sebanyak 17 peratus.

“Isu hartanah tidak terjual kami hampir selesai dengan peningkatan pembelian hartanah pada tahun lalu (2022).

“Berdasarkan data yang diterima, kita melihat banyak hartanah dibeli di negeri ini termasuk oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura serta warga Singapura.

“Salah satu puncanya adalah disebabkan kenaikan sewa di Singapura yang meningkat hampir dua kali ganda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran program Anti-Sampah Johor di Hutan Bandar Rini pada Ahad.

Turut hadir di acara itu adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mengenai pelonggaran syarat MM2H, Datuk Mohd Jafni berkata ia adalah langkah yang amat dialu-alukan yang akan membantu negeri ini dalam menyelesaikan isu hartanah tidak terjual.

“Johor telah mendesak bagi perkara ini sejak hari pertama. Kami adalah orang pertama yang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melonggarkan syarat MM2H dan mahu mereka kembali kepada keadaan sebelum ini.

“Negara lain seperti Filipina dan Thailand mempunyai program yang sama tetapi syarat mereka tidak begitu ketat.

“Oleh itu, kami memuji langkah terbaru Kerajaan Persekutuan untuk meringankan keadaan, dan ini akan membantu mengurangkan lagi hartanah yang tidak terjual, bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara,” katanya seperti yang dipetik oleh The Star.


Pada 2021, kerajaan terdahulu mengaktifkan semula MM2H dengan beberapa syarat baru selepas ia digantung kira-kira setahun berikutan pandemik global Covid-19.

Sebelum ini, tiada syarat tinggal minimum bagi peserta yang hanya perlu meletakkan RM300,000 ($86,144) dalam simpanan tetap, manakala bagi mereka yang berusia lebih 50 tahun, jumlahnya ialah RM150,000.

Turut diperkenalkan ialah yuran pemprosesan RM5,000 buat peserta utama dan RM2,500 bagi setiap tanggungan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >