Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyelamat harus gegas cari kapal selam Titan dengan 5 penumpang

Jun 22, 2023 | 06:10 PM



NEW YORK: Pasukan penyelamat berbilang negara berulang-alik menyeberangi lautan dan udara di kawasan kapal karam Titanic buat hari kelima pada Khamis bagi mencari kapal selam mini pelancong yang hilang bersama lima orang di dalamnya.


Kapal selam mini itu dikatakan mempunyai bekalan oksigen yang boleh bertahan sehingga Khamis malam. Kapal selam Titan yang sebesar van mini itu mula menyelam pada 8 pagi Ahad.

Ia kemudian terputus hubungan dengan kapal induk pada penghujung ekspedisi selam selama dua jam ke tapak kapal karam Titanic, di sudut terpencil di Lautan Atlantik Utara.

Kapal selam Titan berangkat dengan 96 jam bekalan udara, menurut OceanGate Expeditions, yang mengendalikan kapal selam itu.

Di tempat kejadian, terdapat penambahan besar pada jumlah aset dan pakar yang menyertai operasi itu, dengan peralatan sonar dilaporkan telah menangkap bunyi dalam air yang tidak dapat dikenal pasti.

Tetapi cabaran untuk mencari dan membawa pulang lima orang dalam kapal selam itu kelihatan kian payah.

“Kadangkala anda berada dalam kedudukan di mana anda perlu membuat keputusan sukar. Kami belum di tahap itu lagi,” kata Kapten Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Encik Jamie Frederick, sambil menambah bahawa ia kekal sebagai misi mencari dan menyelamat “100 peratus”.

Pasukan penyelamat menggunakan pesawat tentera Amerika dan Canada serta robot telepandu serta menumpukan usaha mereka untuk mencari “bunyi di bawah air” yang dikesan oleh sonar lewat Selasa dan Rabu.

Bunyi itu menimbulkan harapan bahawa penumpang dalam kapal selam itu masih hidup.

Namun, Pengawal Pantai Amerika berkata bunyi-bunyian itu tidak boleh dikaitkan secara pasti dengan kapal selam yang hilang.

“Terus terang, kami tidak tahu itu bunyi apa... Kami perlu kekal optimistik dan penuh harapan,” kata Kapten Frederick.

Beliau berkata misi mencari telah diperluaskan. Kawasan pencarian telah diperluas untuk merangkumi bahagian Atlantik Utara kira-kira dua kali ganda saiz Connecticut dan dalam lingkungan empat kilometer.

Pasukan penyelamat, yang telah menerima bantuan dari seluruh dunia, menganggarkan bahawa penumpang mungkin kehabisan oksigen pada sekitar 7.20 malam pada Khamis (waktu Singapura), berdasarkan kapasiti kapal selam itu untuk menampung sehingga 96 jam udara kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >