Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perjanjian kastam muktamadkan perdagangan bebas antara Israel, UAE

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Israel dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad menandatangani perjanjian kastam, kata pegawai Israel, langkah terakhir perjanjian perdagangan bebas ditandatangani selepas kedua-dua negara menyambung semula hubungan.



Ditandatangani pada Mei 2022, perjanjian perdagangan bebas itu akan berkuat kuasa pada 1 April dan merupakan yang pertama seumpamanya antara Israel dengan negara Arab, kata pihak berkuasa Israel.



Sambil mengalu-alukan perjanjian perdagangan bebas "bersejarah", Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata ia akan "mengurangkan duti kastam, menurunkan kos sara hidup dan menyuntik tenaga ke dalam perniagaan antara Israel dan UAE".



Satu kenyataan kementerian luar Israel berkata perjanjian perdagangan bebas itu akan menyaksikan duti kastam "diturunkan atau dibatalkan ke atas kira-kira 96 peratus barangan dan akan membolehkan syarikat Israel mendapat akses kepada tender kerajaan UAE".



Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tahun lalu mencapai lebih AS$2.5 bilion ($3.33 bilion), tidak termasuk perisian dan perkhidmatan, menjadikan negara Teluk itu "rakan kongsi perdagangan ke-16 terbesar Israel" kementerian itu menambah.



Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Luar Israel, Encik Eli Cohen dan Duta UAE ke Israel, Encik Mohamed Al Khaja, dalam satu majlis yang disaksikan Netanyahu.



UAE dan Israel menandatangani perjanjian pada September 2020 untuk mewujudkan hubungan antara kedua-dua negara, sebahagian daripada siri perjanjian dengan negara Arab yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham.



"Perlaksanaan perjanjian perdagangan bebas adalah berita penting bagi ekonomi Israel, untuk pengukuhan hubungan dengan UAE dan bukti selanjutnya tentang kepentingan Perjanjian Abraham," kata Encik Cohen pada Ahad.



Jurucakap kementerian luar Israel, Encik Lior Hayat, memberitahu AFP perjanjian kastam itu menandakan "langkah terakhir" perjanjian perdagangan bebas yang akan "berkuat kuasa pada 1 April".



UAE negara Teluk pertama yang menyambung semula hubungan dengan Israel dan hanya negara Arab ketiga yang melakukannya selepas Mesir dan Jordan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >