Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Analisis Berita

PH-BN, PN usaha habis-habisan mahu dilihat sebagai pemenang

Kemenangan boleh beri implikasi tentang kekuatan blok parti selepas pilihan raya
Aug 12, 2023 | 05:30 AM



Dengan hari mengundi jatuh pada Sabtu, kedua-dua gabungan parti kerajaan pusat Pakatan Harapan-Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Perikatan Nasional (PN) semakin lantang membuat dakwaan bahawa mereka mampu menawan negeri yang sebelum ini dikuasai seteru politik mereka.

Ini termasuk dakwaan mampu memenangi hati pengundi yang sebelum ini mengundi pihak lawan dan sudah beralih angin.

PH-BN umumnya menegaskan gabungan itu mampu membawa pembangunan ekonomi kepada tiga negeri yang sebelum ini dikuasai PN, di samping tiga negeri yang ditadbirnya. Ini selain dapat memajukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Sementara PN pula menegaskan hanya mereka mampu memperjuang hak orang Melayu selain memajukan rakyat Malaysia dari segi ekonomi dan politik.

Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, PH-BN mentadbir Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, sementara PN pula mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bagi PRN kali ini, PH-BN berazam mahu merebut Kedah dan Terengganu, serta menang lebih banyak kerusi DUN di Kelantan.

Bagi PN pula, selain mempertahankan tiga negeri yang ditadbirnya sebelum ini, ia juga mahu merebut negeri termaju di Malaysia iaitu Selangor dan bolot lebih banyak kerusi di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ramai pengamat sebelum ini meramalkan kemungkinan besar akan berlaku status quo dengan PH-BN dan PN diramal menguasai tiga negeri yang sama.

Ditanya Berita Harian (BH) mengenai makna kemenangan buat PH-BN, Felo Kanan Akademi Nusantara NASR, Profesor Azmi Hassan, berkata kemenangan pihak gabungan kerajaan dianggap lebih mudah dicapai jika status quo dikekalkan iaitu mereka menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.


Ini selain dapat merampas lebih banyak kerusi DUN di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“(Keputusan) Ini sudah boleh dianggap sebagai satu kemenangan besar kepada PH-BN dengan interpretasinya adalah majoriti 9.7 juta penduduk di enam negeri ini mahu Kerajaan Perpaduan dikekalkan.

“Dan ini juga memberi implikasi bahawa kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan adalah perlu dan mahu dikekalkan rakyat,” ujar beliau. 

Memberi pendapatnya, Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia, berkata bagi PH-BN, kemenangan akan berlaku hanya jika gabungan itu berjaya mempertahankan ketiga-tiga negeri yang sebelum ini dikuasainya di samping merampas sekurang-kurangnya satu negeri lagi.

“Jika salah satu daripada Kedah, Terengganu dan Kelantan jatuh ke tangan PH, barulah ia menggambarkan kelebihan penyandang kerajaan pusat berhasil, dan mesej-mesej perubahan memberi kesan kepada rakyat. Dalam pilihan raya kecil atau negeri, kerajaan pusat mempunyai seribu satu kelebihan,” ujarnya kepada BH.


Pada masa yang sama, beliau berkata jika pihak PN berjaya mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah, ini sudah boleh dianggap satu kejayaan, apatah lagi jika didapati berlakunya peralihan undi yang memihak ke arah PN terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

“Jika berlaku sedemikian, PN mempunyai sebab untuk memperlekehkan kerajaan PH-BN sebagai kerajaan yang diwujudkan atas belas ihsan DAP (Parti Tindakan Demokratik).

“Ini akan membahayakan kedudukan kerajaan dengan menggugat kedudukan Umno sebagai wakil de facto kaum Melayu dalam Kerajaan Perpaduan,” jelasnya.

Mengenai kemenangan buat PN, Profesor Azmi pula berpendapat gabungan itu perlu merampas sekurang-kurangnya satu daripada tiga negeri yang dikuasai PH-BN, dan kemungkinan ini berlaku adalah sukar.

“Namun jika PN dapat menguasai lebih banyak kerusi DUN di Selangor, yang dikatakan agak goyah bagi PH, sehingga dapat mengurangkan majoriti kerusi PH-BN di Selangor daripada dua pertiga kepada majoriti mudah, ini juga boleh dianggap sebagai satu kemenangan kepada PN.

“Pencapaian ini, walaupun bukan kemenangan sebenar-benarnya, masih boleh diuar-uarkan PN sebagai petanda rakyat enam negeri menolak kewujudan Kerajaan Perpaduan.

“Ini memandangkan PRN di enam negeri merangkumi separuh daripada jumlah pengundi di Malaysia, dan ia masih memberi implikasi agak besar,” katanya.

Oleh itu, parti gabungan mana yang dilihat memenangi PRN kali ini akan ditentukan pengundi yang bakal menentukannya, dengan keputusan PRN dijangka diketahui lewat Sabtu malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >