Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang Puncak Asean ke-42

PM Lee hadiri Sidang Puncak Asean ke-42 di Indonesia 10-11 Mei

May 09, 2023 | 12:00 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menghadiri Sidang Puncak Asean ke-42 yang berlangsung 10-11 Mei di Labuan Bajo, di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.





Sidang puncak itu adalah yang pertama antara dua Sidang Puncak yang akan dianjurkan Indonesia sebagai pengerusi Asean bagi 2023.





Dalam kenyataannya pada 9 Mei, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata antara lain, perbincangan dijangka merangkumi perkembangan antarabangsa dan serantau, termasuk keadaan di Myanmar. 





MFA berkata pemimpin Asean juga akan membincangkan keadaan geopolitik, berpandu hasrat memelihara peranan Asean dalam memupuk rantau yang stabil dan inklusif.


Menurut MFA, selain perbincangan keadaan geopolitik, pemimpin Asean juga akan menyemak kemajuan Asean setakat ini dan membincangkan cara-cara terus memperkukuh kerjasama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau.





Indonesia, sebagai pengerusi Asean 2023, telah menetapkan tema “Asean Matters: Epicentrum of Growth”, yang secara kasar menggariskan agenda penting dan yang berpandang ke hadapan, terutama dalam bidang seperti persepaduan ekonomi, dan usaha membangun masyarakat bagi memastikan perpaduan dan perkembangan Asean, kata MFA lagi dalam kenyataannya.





Encik Lee ke Labuan Bajo dengan ditemani isterinya, Cik Lee, dan Menteri Ehwal Luar Negara, Dr Vivian Balakrishnan. Mereka akan diiringi pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan MFA. 





Labuan Bajo ialah pekan nelayan kecil di kepualauan Flores.

Ia juga adalah tempat singgahan utama bagi pengunjung yang ingin pergi ke Taman Nasional Komodo.





Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan mendukung peranan sebagai Pemangku Perdana Menteri bagi tempoh 9-10 Mei. 





Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional, Encik Teo Chee Hean akan mendukung peranan Pemangku Perdana Menteri pada 11 Mei.





Sidang Puncak Asean Ke-42 selama dua hari ini diadakan di Pusat Konvensyen Meruorah, di Hotel Meruorah Komodo Labuan Bajo.





Hari pertama pada 10 Mei diperuntuk bagi siri mesyuarat rasmi, diikuti dengan sesi rahat  pada hari kedua iaitu 11 Mei.





Dalam pada itu, Encik Joko Widodo, yang turut dikenali sebagai Encik Jokowi, telah menampilkan tiga perkara utama yang akan dibincangkan Indonesia selaku pengerusi di Sidang Puncak Asean ke-42 ini, termasuk keganasan yang sedang berlaku di Myanmar. 



Pada Isnin, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, memberitahu media yang berhimpun di Labuan Bajo tentang serangan pada 7 Mei ke atas konvoi kemanusiaan di Negeri Shan, di wilayah timur Myanmar dan mengutuk keras insiden itu.



Konvoi itu turut disertai dua kakitangan Kedutaaan Singapura di Myanmar. Dalam kenyataan berasingan pada lewat Isnin, MFA berkata kededua kakitangan itu kini berada dalam keadaan selamat.



Myanmar telah dibelenggu kemelut politik dan keganasan sejak kuasa tentera atau junta merampas kuasa daripada pemerintahan Cik Aung San Suu Kyi pada Februari 2021.



Buat masa ini, Persetujuan Lima Perkara, yang antaranya bertujuan melindungi rakyat Myanmar - yang dilakar Asean bagi Myanmar pada 24 April 2021 - masih belum dilaksanakan oleh Myanmar.





Selain membincangkan keadaan di  Myanmar dan menggesa Persetujuan Lima Perkara dilaksana, Indonesia juga akan mencetus perbincangan mengenai



perdagangan manusia, terutama yang dilakukan menerusi penipuan dalam talian dan usaha menyelamat warga Indonesia dari kawasan konflik di Sudan.





Menurut Encik Jokowi, perdagangan manusia harus dibanteras dengan segera.



“Ini penting dan sengaja saya usulkan kerana mangsanya ialah rakyat Asean dan sebahagian besar mangsa ini adalah warga Indonesia,” ujar Encik Jokowi, yang berkata pemerintahannya baru menyelamatkan 20 warga Indonesia yang menjadi mangsa perdagangan manusia di Myanmar.





Ini menyusuli tindakan pemerintah beberapa neg  ara, termasuk Filipina dan Indonesia pada 5 Mei untukmenyelamatkan 1,048 orang dari 10 negara yang menjadi mangsa perdagangan manusia.





“Saya tegaskan bahwa kejahatan perdagangan manusia harus diberantas tuntas dari hulunya sampai ke hilir,” kata Encik Jokowi.

        




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >