Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee kepada PM Hun Sen: Tiada kemajuan laksana Persetujuan Asean tentang Myanmar

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah memberitahu Kemboja, yang merupakan pengerusi Asean tahun ini, bahawa kumpulan itu harus mengundang hanya wakil bukan politik dari Myanmar untuk ke mesyuarat Asean.



Beliau melahirkan pandangannya bahawa Asean harus mengekalkan keputusannya mengenai perkara tersebut sehingga terdapat kemajuan ketara dalam melaksanakan Persetujuan Lima Perkara Asean.



Encik Lee berkata demikian dalam satu panggilan video yang diterimanya daripada Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sun, kelmarin, yang antara lain menyentuh tentang pergolakan di Myanmar.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar Singapura semalam, Encik Hun Sen telah memberi taklimat kepada Encik Lee mengenai keutamaan dan agenda Kemboja sebagai pengerusi Asean tahun ini, serta mengenai lawatannya ke Myanmar baru-baru ini.



Dalam panggilan itu, Encik Lee menarik perhatian tiada kemajuan ketara dalam pelaksanaan Persetujuan Lima Perkara Asean sejak ia dipersetujui pada 24 April lalu di mesyuarat antara pemimpin Asean dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.



Encik Lee melahirkan pandangannya bahawa sehingga terdapat kemajuan ketara dalam melaksanakan persetujuan tersebut, Asean harus mengekalkan keputusan yang dicapai di Sidang Puncak Asean ke-38 dan ke-39 sebelum ini untuk mengundang wakil bukan politik dari Myanmar ke mesyuarat Asean.



Apa-apa perbincangan untuk menyemak keputusan Pemimpin Asean harus berdasarkan fakta baru.



Menurut kementerian itu lagi, Encik Lee telah menekankan perlunya Pengerusi Asean mendekati pelbagai pihak, termasuk Tatmadaw (tentera Myanmar) dan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD).



Tatmadaw telah menyarankan gencatan senjata bersama Pertubuhan Kaum Bersenjata sahaja tetapi gesaan bagi menghentikan keganasan dalam Persetujuan Lima Perkara merujuk terutamanya kepada keganasan terhadap penentang politik Tatmadaw dan orang awam.



Encik Lee menarik perhatian hanya beberapa hari selepas lawatan Encik Hun Sen, terdapat serangan lagi oleh Tatmadaw ke atas penentang politik, serta hukuman penjara tambahan ke atas pemimpin Cik Aung San Suu Kyi.



Dalam panggilan itu lagi, Encik Hun Sen telah membentangkan saranan mengenai cara menyelaras gencatan senjata di Myanmar.



"Perdana Menteri Lee berkata beliau tidak pasti apa peranan yang boleh dimainkan Asean atau Wakil Khas Pengerusi Asean ke Myanmar dalam menyelaras gencatan senjata sedang kita tidak mempunyai akses kepada semua pihak.



"Namun, Singapura secara prinsip tidak mempunyai bantahan terhadap mekanisme tersebut jika ia boleh membawa kepada berakhirnya keganasan.



"Perdana Menteri Lee berkata perlu ada kemajuan dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan penglibatan Pusat Menyelaras Asean bagi Bantuan Kemanusiaan untuk pengurusan bencana (AHA Centre) dan dengan kerjasama Tatmadaw," kata MFA.



Encik Lee juga setuju bahawa saranan yang ditimbulkan pengerusi Asean harus dibincangkan dengan lanjut bersama Menteri Luar dan Pegawai Kanan Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >