Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PN lihat kemenangannya di Padang Serai; kekalahan tipis di Tioman, 'bukti rakyat tolak' kerajaan PH-BN

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menganggap kemenangan calon mereka di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman adalah bukti rakyat tidak menyakini kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.



Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, undi yang diberikan pemilih di kawasan parlimen tersebut menunjukkan petanda positif buat parti terbabit yang mendapat sokongan padu.



"Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.



"Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15), ramai penyokong kedua-kedua parti ini telah beralih arah menyokong PN," katanya di Facebook.



Kenyataan bekas perdana menteri itu dibuat sebagai reaksi PN yang menawan kerusi Parlimen Padang Serai yang sebelum ini dipegang PH.



Calon PN di Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, menang besar dengan majoriti 16,260 undi.



Datuk Azman mendapat 51,637 undi manakala pencabar terdekat dari PH, Encik Sofee Razak, memperoleh 35,377 undi.



Calon BN, Encik C Sivaraj, turut mendapat 2,983 undi, walaupun beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada PH.



Manakala calon BN di DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, menang dengan majoriti tipis 573 undi.



Tambah Tan Sri Muhyiddin, beliau menganggap "penipuan" yang dilakukan PH dan BN dalam PRU15 adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini.



"Dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti tersebut," katanya.



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pula berkata keputusan di Parlimen Padang Serai bukan sahaja menunjukkan gabungan PH dan BN ditolak rakyat tetapi juga membuktikan rakyat terutama pengundi di kawasan Parlimen berkenaan sudah 'meluat' dengan gabungan berkenaan.



Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata kekalahan besar PH di kerusi Parlimen Padang Serai bukan isyarat penolakan rakyat kepada kerjasama dengan BN membentuk kerajaan di Putrajaya.



Beliau berkata kemenangan PN itu adalah hasil gelombang PRU15 kepada gabungan itu yang masih belum reda.



"Keputusan Padang Serai tidak ada kena mengena dengan kerjasama PH-BN kerana di DUN Tioman kita (BN) menang, ini menunjukkan kerjasama itu tidak memberi apa-apa indikator terhadap keputusan pilihan kali ini.



"Kalau penolakan kerjasama PH-BN, tentu di DUN Tioman kita tak menang, tapi kita menang di sana," katanya kepada FMT.



Datuk Mahfuz turut mendakwa antara faktor kekalahan PH di Padang Serai kerana pengundi terpengaruh dengan agenda perkauman dan agama yang dimainkan lawan.



"Apa yang berlaku di Padang Serai adalah rentetan gelombang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit yang menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik.



"Jadi untuk atasi benda ini kita akan lihat apa kelemahan yang berlaku termasuk untuk menghadapi pilihan raya negeri Kedah," kata Datuk Mahfuz sambil memaklumkan kemenangan PN disebabkan gelombang pengundi Melayu, manakala bukan Melayu masih bersama PH. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >