Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

PN, PH mahu 'pikat' Khairy

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan bagi beliau menyertai parti berkenaan selepas dipecat daripada Umno pada Jumaat lalu.



Namun, bekas Ketua Pemuda Umno itu enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya mahu mengambil masa selama beberapa minggu atau hingga dua tiga bulan sebelum menentukan sama ada memasuki parti sedia ada, menubuhkan parti baru atau berehat daripada politik untuk seketika.



Antara pertimbangan bekas Ahli Parlimen (AP) Rembau itu ialah meneliti aspirasi dan hala tuju beberapa parti yang menjadi seteru politiknya selama ini, selain meneliti kemungkinan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.



"Buat masa ini, pelbagai pihak telah menghubungi saya, daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengambil sikap berjumpa dan mendengar semua pihak.



"Saya pun 23 tahun dalam Umno. Umno-lah yang saya kenal, saya tidak kenal parti lain. Jadi, saya pun nak memahami dengan lebih mendalam apa aspirasi parti masing-masing.



"Setelah saya mendengar semua pandangan, barulah membuat keputusan sama ada saya masuk parti sedia ada atau membuat parti baru atau saya berehat untuk seketika. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.



"Mengenai PRN, saya rasa ia pun akan mengambil masa antara dua hingga empat bulan lagi.



"Kalau itu garis masanya, tidak perlu saya membuat keputusan hari ini atau minggu depan," katanya dalam satu temu bual di pejabat beliau, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Ditanya sama ada beliau turut mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya, Encik Rafizi Ramli dan Cik Nurul Izzah Anwar dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Encik Khairy mengaku ada memikirkan perkara itu, namun ia bukan satu-satunya pilihan beliau ketika ini.



Beliau berkata faktor persahabatan itu antara yang turut dipertimbangkan dalam memilih langkah seterusnya, namun beliau memaklumkan turut memiliki sahabat baik dalam beberapa parti lain.



Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan surat rasmi yang diterima daripada Setiausaha Agung Umno tidak menyatakan alasan berhubung penggantungannya oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.



Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sembrong itu mengesahkan sudah menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian bertarikh 30 Januari 2023.



Namun, Datuk Hishammuddin menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, berkata tiada sebab penggantungan dinyatakan, lapor BHM.



"Baru sahaja terima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >