Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis kenal pasti penembak di New York

Apr 14, 2022 | 05:50 AM



NEW YORK: Polis New York menyatakan mereka telah mengenal pasti orang yang disyaki berkaitan kejadian tembakan di kereta api bawah tanah kelmarin di Brooklyn di bandar itu.



Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 17 orang cedera.



Pihak berkuasa sedang memburu Frank James, seorang lelaki berusia 62 tahun yang disifatkan polis, daripada akaun saksi, sebagai seorang lelaki berbadan tegap, memakai jaket jingga, baju dalam kelabu, topi keledar hijau dan memakai pelitup pembedahan.



Pesuruhjaya Jabatan Polis New York (NYPD), Encik Keechant Sewell, berkata sebuah van U-Haul yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian tembakan itu kemudiannya dikesan di Brooklyn, tetapi pelaku yang disyaki masih bebas.



Polis berkata mereka menemui kunci van di tempat kejadian dan van itu telah disewa di Philadelphia. James mempunyai alamat di Philadelphia dan Wisconsin.



Serangan itu berlaku sedang sebuah kereta api bawah tanah yang sedang menuju ke Manhattan di laluan N sedang memasuki stesen bawah tanah di kawasan kejiranan Sunset Park di Brooklyn.



Lelaki bersenjata itu mengeluarkan dua kanister daripada begnya dan kemudian membukanya, mengeluarkan asap yang menyelubungi seluruh gerabak kereta api.



Polis berkata lelaki itu kemudian melepaskan 33 das tembakan daripada pistol separa automatik Glock 9 mm, yang kemudian ditemui bersama beberapa bunga api gred pengguna dan satu bekas petrol.



Daripada 17 orang yang cedera, 10 terkena tembakan secara langsung, termasuk lima yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi stabil.



Pihak berkuasa berkata tujuh yang lain cedera terkena serpihan peluru atau cedera dalam keadaan huru-hara tatkala penumpang yang panik melarikan diri dari kereta api yang diselubungi asap itu, sebahagiannya rebah ketika keluar ke platform stesen 36th Street.



Jabatan bomba berkata dua yang cedera dirawat di tempat kejadian.



Menurut CNN, sejumlah 29 orang yang mengalami pelbagai kecederaan dalam kejadian itu datang ke hospital di kawasan itu, mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan dan dibenarkan pulang.



Di luar stesen, di kawasan yang terkenal dengan Chinatown dan pemandangan Statue of Liberty, pihak berkuasa menutup lebih kurang belasan blok dan mengepung kawasan berhampiran.



Sekolah di kawasan kejiranan juga diletakkan di bawah kawalan keselamatan.



Sebelumnya, Encik Sewell berkata kejadian tembakan itu tidak segera dianggap sebagai tindakan pengganasan.



Tiada motif yang diketahui bagi serangan itu, tetapi penyiasat mendapati beberapa catatan media sosial dikaitkan dengan individu bernama Frank James yang menyebut tentang gelandangan dan Datuk Bandar New York, tambah Encik Sewell.



Pihak berkuasa menawarkan ganjaran AS$50,000 ($68,200) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan James.



New York, bandar paling ramai penduduk di Amerika, telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam jenayah kekerasan semasa wabak Covid-19, termasuk rentetan serangan yang dilakukan di sistem kereta api bawah tanahnya.



Sistem tersebut adalah salah satu yang tertua dan paling luas di dunia.



Datuk Bandar, Encik Eric Adams, bekas kapten NYPD dan presiden wilayah Brooklyn yang memegang jawatan pada Januari lalu, telah berikrar mahu meningkatkan keselamatan di sistem kereta api bawah tanah dengan meningkatkan rondaan polis dan meluaskan jangkauan kepada pesakit mental. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >