Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo dijangka teruskan dasar pemerintahan Jokowi selepas disah menang pilihan raya Indonesia

Mar 21, 2024 | 01:38 PM



JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, dan pasangannya sebagai naib presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka – yang merupakan anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo – secara rasmi diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden negara itu pada 20 Mac, selepas memenangi pilihan raya presiden yang diadakan pada 14 Februari 2024 dalam percubaan ketiganya.


Ia menandakan kesinambungan dasar pemerintah untuk negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu apabila Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo berundur pada Oktober ini selepas sedekad berkuasa.

Pengganti Encik Jokowi ini yang berusia 72 tahun telah berjanji untuk melaksanakan langkah legasinya termasuk memindahkan ibu kota daripada Jakarta yang padat dan sering dilanda banjir, ke Nusantara, sebuah bandar baru di pulau Borneo.

Nusantara, yang pembangunannya dijangka menelan belanja berbilion dolar, dijadualkan mula beroperasi sebagai pusat politik baru Indonesia pada Ogos 2024.

Dengan kerja-kerja pembinaan yang semakin pesat tahun ini, pakar-pakar alam sekitar menyuarakan amaran bahawa pembangunan kota metropolis itu akan melibatkan lebih banyak penebangan hutan, di salah satu kawasan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia.

Menjelang 2045, Nusantara akan menjadi tuan rumah kepada 1.9 juta penduduk, mengimport gelombang aktiviti manusia dan perindustrian ke tengah-tengah Borneo, menurut pemerintah Indonesia.

Pentadbiran Encik Prabowo akan memainkan peranan penting dalam tahun-tahun awal kewujudan ibu negara baru itu, membantu membangunkannya bersama-sama agensi pemerintah yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusannya.

Kenaikan Encik Prabowo ke jawatan presiden dicapai selepas ikrar untuk menjalankan dasar ekonomi Encik Jokowi, termasuk pemacu pembangunan.

Encik Prabowo membuat janji semasa berkempen untuk menjadikan Indonesia salah sebuah negara anggota kumpulan G20, menjadinya ‘ekonomi maju’.

Untuk melaksanakannya, beliau telah menyokong sumber nasionalisme Encik Jokowi, khususnya dalam sektor nikel, di mana Jakarta telah mengenakan sekatan eksport dalam usaha untuk menjadi pemain utama dalam rantaian bekalan kenderaan elektrik.

Encik Prabowo turut menjanjikan makanan sekolah percuma untuk pelajar dan membayangkan kemungkinan pembaharuan hasil yang mencadangkan beliau boleh berbelanja lebih bebas daripada pendahulunya.

Tetapi ikrar kempennya yang lain menunjukkan beliau akan kekal mengikut jejak yang telah dicanangkan Encik Jokowi.

Encik Prabowo perlu mengimbangi hubungan dengan dua kuasa global, ketika Amerika Syarikat dan China bersaing untuk menguasai pengaruh serantau.

Beliau komited terhadap dasar luar negara yang berkecuali, yang telah lama wujud dan membolehkan Indonesia mengaut pelaburan besar dari Beijing, sambil mengekalkan hubungan dengan Washington.

Tetapi pakar berkata, kelebihan itu menyebabkan Jakarta semakin bergantung kepada China.

Encik Prabowo pernah berada dalam senarai hitam visa Amerika Syarikat berhubung dakwaan pencabulan hak asasi di bawah pemerintahan presiden Suharto pada akhir 1990-an.

Tetapi mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump, telah mengundangnya ke Washington semasa beliau berkhidmat sebagai menteri pertahanan Indonesia.

Dengan Encik Trump bertanding semula sebagai presiden akhir tahun ini, pasangan itu boleh mengeratkan lagi hubungan.

Presiden Jokowi dihalang daripada bertanding untuk penggal ketiga. Tetapi beliau kekal popular.

Para pemerhati berkata bahawa beliau menggunakan kedudukannya untuk meletakkan anak sulungnya, Encik Gibran Rakabuming Raka, sebagai naib presiden Prabowo.

Masih tidak jelas, sejauh mana pengaruh Encik Jokowi akan kekal di bawah pentadbiran Encik Prabowo.

Penganalisis tidak pasti betapa tegasnya menteri pertahanan ini apabila beliau mengambil alih kuasa sebagai presiden, pada Oktober nanti.

Jadi, hubungan Prabowo-Gibran-Jokowi – yang pertaruhannya untuk mengekalkan pengaruh Encik Jokowi – belum tentu berhasil.

Ia juga boleh menjadi penting kepada perjalanan masa depan ekonomi dan demokrasi muda Indonesia yang sedang pesat membangun.

Encik Prabowo terkenal dengan sikap tidak menentunya, namun beliau cuba memupuk imej baru di media sosial sebagai “datuk yang menyayangi.”

Apabila menduduki jawatan presiden nanti, akan menjadi lebih jelas sejauh mana beliau akan berpegang kepada model Encik Jokowi – atau menyimpang daripadanya – untuk menempa laluannya sendiri, menurut para pemerhati. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >