Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Presiden AS gerak usaha dunia tangani isu iklim

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dijangka mahu menyatukan dunia berkaitan isu iklim sedang beliau merancang memberi komitmen Amerika yang lebih bercita-cita tinggi sempena sidang puncak iklim yang turut disertai seteru, China dan Russia.



Hanya tiga bulan memegang jawatan ketua negara Amerika, Encik Biden dijadual menyambut 40 pemimpin dunia bagi sidang puncak maya Hari Bumi yang berlangsung selama dua hari mulai semalam (waktu tempatan), yang menandakan langkah Amerika mahu kembali menerajui usaha perubahan iklim di tengah-tengah kebimbangan mengenai pemanasan bumi yang pesat.



Kumpulan hijau dan mesra alam menjangkakan Encik Biden, yang sedang berusaha menghasilkan pakej prasarana mesra alam bernilai AS$2 trilion ($2.65 trilion) di negaranya, akan menggandakan sasaran Amerika mahu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang bertanggungjawab terhadap perubahan iklim, pada dekad berikutnya.



Encik Biden berharap matlamat Amerika yang baru akan mendorong pemimpin lain "membuat pengumuman meningkatkan sasaran mereka", kata seorang pegawai pentadbiran.



China pula mengesahkan Presiden Xi Jinping akan mengambil bahagian dan memberi "ucapan penting" - sidang puncak pertamanya, walaupun secara maya, dengan Encik Biden sebagai presiden.



Ini walaupun di tengah-tengah ketegangan antara dua kuasa besar itu dalam isu-isu dari hak asasi manusia hingga perdagangan hingga pertahanan.



Sejauh ini China merupakan pengeluar karbon terbesar dan dengan Amerika, dua negara itu mengeluarkan sekitar separuh pencemaran yang bertanggungjawab terhadap perubahan iklim - yang bermakna penyelesaian tidak mungkin dilakukan tanpa penglibatan dua negara itu.



China tahun lalu berjanji mahu mencapai sifar karbon pada 2060 dengan pelepasan gas memuncak pada sekitar 2030 tetapi ia masih terus bergantung pada arang batu, bentuk tenaga paling kotor.



Presiden Russia Vladimir Putin pula - di bawah tekanan daripada Encik Biden kerana campur tangan dan penggodaman pilihan raya Amerika selain layanan terhadap pembangkang yang dipenjarakan Alexei Navalny - juga menerima undangan menyertai sidang puncak maya itu.



Beliau berkata negaranya, sebagai pelepas gas keempat terbesar di dunia, "mesti bertindak terhadap cabaran perubahan iklim".



Kajian sejauh ini menunjukkan masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran Perjanjian Paris untuk membataskan pemanasan dunia pada 2 darjah Celsius di atas tahap praindustri, apatah lagi aspirasi lebih tingginya mahu membataskan tidak lebih daripada 1.5 Celsius.



Kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir tahun lalu mendapati dunia sedang bergerak ke arah melihat pemanasan sebanyak 3 darjah Celsius - tahap di mana planet ini dijangka melihat banyak glasier mencair, kawasan dataran rendah tenggelam dan kekerapan kemarau teruk, banjir dan bencana serius yang boleh mencetuskan penghijrahan besar-besaran.



Britain pada Selasa lalu mengumumkan sasaran bercita-cita tinggi dalam kalangan ekonomi utama, dengan mengatakan ia akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 78 peratus menjelang 2035 dari tahap 1990.



Kesatuan Eropah pula meluluskan undang-undang yang mengesahkan komitmen blok 27 negara itu untuk mengurangkan karbon sekurang-kurangnya 55 peratus menjelang 2030 berbanding dengan tahap 1990. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >