Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Punca kurang bekalan ikan di M'sia dikenal pasti

May 29, 2022 | 05:30 AM



TAIPING (Perak): Masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah dikenal pasti sebagai punca kekurangan bekalan ikan di Malaysia.



Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata kelemahan tersebut, jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan kekurangan bekalan ikan terus berlarutan.



"Keadaan ini berlaku sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga ikan dan rakyat memerlukan bantuan segera.



"Sekarang simpanan ikan tidak ada, kalau ada... kita boleh bagi percuma kepada rakyat," katanya yang ditukil agensi berita Bernama.



Pada 22 Mei lalu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Encik Abdul Hamid Bahari, berkata pendaratan ikan, terutama di utara Semenanjung Malaysia, berkurangan hingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan.



Ini berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.



Syed Abu Hussin berkata beliau sudahpun membentangkan masalah bekalan ikan kepada lembaga pengarah yang dianggotai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi supaya melakukan tindakan segera dalam hal itu namun masih tiada jawapan balas.



"Sampai hari ini LKIM belum lagi mula menyimpan ikan sedangkan kita mempunyai kilang membeku ikan tetapi tidak jalan dan 1,000 tan metrik tong sejuk beku yang kita ada juga terbiar. Ikan sejuk beku boleh disimpan sehingga dua tahun," katanya.



Beliau menambah, persediaan perlu dibuat dengan membeli lebih banyak ikan untuk disimpan memandangkan keadaan laut ketika ini bukan musim tengkujuh.



"Kita mempunyai Selat Melaka dan Laut Cina Selatan. Kalau terdesak dan ikan berkurangan... di mana kita hendak mencarinya? Bagi mengatasi krisis bekalan ikan, hendaklah cepat-cepat turun ke laut," tekannya.



Harga ikan yang melambung tinggi di pasar-pasar tempatan di Malaysia disebabkan oleh kurangnya bekalannya di perairan berhampiran negara itu, menurut Persatuan Nelayan-Nelayan Kebangsaan.



Ikan tenggiri bersaiz kecil kini dijual pada harga antara RM12 dengan RM14 ($3.75 hingga S$4.40) bagi setiap kilogram, berbanding RM3 hingga RM4 (S$0.94 hingga S$1.25) sebelum ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >