Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Saudi kebal pendakwaan terhadap pembunuhan Khashoggi

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Peguam yang mewakili Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, yang menghadapi dakwaan di mahkamah Amerika Syarikat atas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, memberitahu mahkamah di sini bahawa pelantikannya sebagai Perdana Menteri minggu lalu, memberinya kekebalan daripada dakwaan.



Encik Khashoggi dibunuh dan mayatnya dikelar-kelar oleh ejen di konsulat Arab Saudi di Istanbul dalam satu operasi.



Operasi itu, menurut perisik Amerika Syarikat, dipercayai atas arahan Putera Mohammed selaku pemerintah de facto sejak beberapa tahun.



Beliau menafikan dakwaan memerintahkan pembunuhan Encik Khashoggi itu, tetapi mengakui kemudian bahawa kejadian itu berlaku "di bawah pengawasan saya."



Minggu lalu, ayah beliau, Raja Salman, melantiknya selaku Perdana Menteri.



Pelantikan itu sekaligus memberinya kuasa rasmi melaksanakan tanggungjawab yang sedang dilakukannya.



"Perintah DiRaja itu sah melayakkan Putera Mahkota mendapat kuasa kekebalan" menurut peguamnya dalam petisyen yang diajukan kepada mahkamah daerah di Washington.



Petisyen tersebut meminta supaya dakwaan itu dibatalkan, dengan memetik beberapa kes di mana Amerika Syarikat mengiktiraf kuasa kekebalan pemimpin negara asing.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, yang sempat bertemu Putera Mohammed semasa lawatan beliau ke Arab Saudi pada Julai lalu, telah memberitahu putera mahkota itu bahawa dia bertanggungjawab atas pembunuhan Encik Khashoggi.



Encik Biden berkata, Putera Mohammed menafikan pelibatannya dan menjelaskan bahawa mereka yang terlibat telah dikenakan tindakan.



Encik Khashoggi, yang sering mengkritik dasar-dasar putera mahkota itu melalui ruangannya di akhbar Washington Post, telah ke pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk berkahwin dengan seorang warga Turkey, Cik Hatice Cengiz.



Pertuduhan itu telah dikemukakan bersama oleh Cik Cengiz dan satu kumpulan hak asasi manusia yang ditubuhkan oleh Encik Khashoggi.



Ia menuntut ganti rugi yang tidak disebutkan jumlahnya, ke atas Putera Mohammed, yang dikenali di Barat sebagai MbS.



Ia juga menamakan lagi 20 orang sebagai tertuduh.



Mahkamah telah meminta Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat supaya memberi pandangan sama ada Putera Mohammed mempunyai kekebalan, dan memberi tempoh hingga 3 Oktober.



Setelah perlantikan beliau selaku Perdana Menteri minggu lalu, jabatan kehakiman meminta tempoh itu dilanjutkan selama 45 hari untuk menyiapkan respons mereka.



Hakim Daerah, Encik John Bates, membenarkan permohonan itu dan menyatakan hanya sekali ini saja penangguhan diberikan.



Amerika Syarikat harus memfailkan apa jua tuntutan, tidak lewat dari 17 November ini, kata Encik Bates dalam dokumen mahkamah itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >