Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rayuan akhir Najib sabitan kes SRC

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH Persekutuan telah menetapkan 10 hari mulai semalam untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta ($12.93 juta) dana SRC International Sdn Bhd.



Mahkamah Persekutuan merupakan jalan terakhir bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International itu.



Sebelum mendengar rayuan tersebut, mahkamah mendengar permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan keterangan baru bagi membatalkan sabitannya terhadap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram



Di mahkamah semalam, Datuk Seri Najib memohon rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya, ditangguh sehingga siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selesai.



Datuk Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC International, dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.



Peguam Encik Hisyam Teh Poh Teik yang berhujah dalam permohonan notis usul bagi memasukkan bukti tambahan berkaitan Datuk Mohd Nazlan dalam rayuan akhir kes SRC berkata, prosiding itu wajar ditangguhkan kerana bukti tambahan jelas menunjukkan wujud konflik kepentingan.



Mahkamah Persekutuan semalam turut membenarkan Datuk Seri Najib meminda notis usul dalam permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim membenarkan perkara itu sebelum peguam yang mewakili Datuk Seri Najib, Encik Hisyam berhujah mengenai perkara itu.



Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.



Pindaan notis usul berkenaan adalah membabitkan keterangan lisan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.



Keterangan itu sama ada Rosli menyedari pembabitan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes SRC, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Maybank Group.



Ia membabitkan perkhidmatan nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1MDB bagi penubuhan SRC pada tahun 2010/2011.



Selain itu, ia berhubung pemberian pinjaman Maybank kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Berhad pada 2012 sebanyak RM4.7 bilion.



Selain Encik Hisyam, Datuk Seri Najib selaku pemohon turut diwakili peguam Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Encik Liew Teck Huat, M Rueben dan Cik Hannah Kam Zhen Yi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >