Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Gesaan bubar Parlimen sudah diturut kini Ismail Sabri tunggu Umno tunai janji

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



SUDAH tentu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat tidur nyenyak selepas mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuatkuasa pada Isnin 10 Oktober, 2022.



Perdana Menteri (PM) Kesembilan itu sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lepas sering didesak oleh pemimpin dan anggota Umno untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 seberapa segera yang boleh.



Malah Anggota Parlimen (AP) Bera, Pahang tersebut sering 'diboo' oleh anggota Umno dan Barisan Nasional pada setiap kali hadir di majlis atau persidangan parti tersebut diiringi dengan sorakan 'bubar, bubar, bubar' merujuk kepada pembubaran Parlimen.



Pada masa yang sama Datuk Ismail Sabri lulusan undang-undang, Universiti Malaya (UM) sering dikritik oleh kepimpinan parti sendiri kerana dikatakan enggan mencampuri urusan mahkamah terutama membabitkan pemimpin Umno antaranya melibatkan mantan PM Keenam, Encik Najib Tun Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Bagaimanapun, Naib Presiden Umno itu yang membawa pendekatan sederhana dalam kerjaya politiknya dapat bertahan lebih setahun untuk meneruskan kepimpinan pemerintah yang dianggotai BN, Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang penuh dengan gelora kerana sudah terhakis keyakinan antara mereka.



Beban yang ditanggung oleh Datuk Ismail Sabri sudah berkurangan, kini beliau hanya menunggu sama ada Umno akan mengotakan janji kepada beliau untuk terus menjadi PM sekiranya BN menang pada PRU15 nanti.



Sebenarnya bukan mudah sebagai PM, untuk Datuk Ismail Sabri menerima arahan daripada orang nombor satu parti yang mempunyai kes mahkamah sehingga menyukarkan beliau membuat keputusan sebagai pentadbir pemerintah.



Dalam sejarah Malaysia selepas kemerdekaan daripada Britain 1957, kedudukan Datuk Ismail Sabri yang bukan presiden parti dilantik sebagai PM untuk lebih 32 juta penduduk adalah unik.



Sejak pelantikan itu Datuk Ismail Sabri terpaksa menerima hakikat walaupun beliau orang yang paling berkuasa di Malaysia tetapi kedudukan parti hanya orang nombor tiga dan adakalanya Encik Najib diberi penghormatan lebih berbanding naib presiden Umno itu.



Dengan terbubarnya Parlimen itu semua kehendak Umno terutama presidennya sudah dipenuhi seperti 'pucuk dicita ulam mendatang' yang mahukan PRU15 diadakan bulan Oktober atau November yang diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia akan adanya hujan lebat dan juga boleh berlakunya banjir.



Pada Datuk Ismail Sabri beliau sudah lakukan apa yang partinya mahu dan apa yang akan berlaku selepas ini perlu ditanggung oleh presiden dan parti.



Kalau diteliti kenyataan beliau sebelum ini PM9 lebih cenderung untuk menghabiskan tempoh pemerintah apabila penggalnya tamat pada Julai 2023.



Beliau tidak melayan desakan membubarkan Parlimen biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Perhimpunan Agung Umno dan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendesak Ahli Parlimen Bera berkenaan berbuat demikian.



Bagaimanapun, akhirnya beliau mengundur setapak selepas pertemuan "Top Five Umno" yang melibatkan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden untuk seiring dengan pendirian parti.



Langkah yang diambil oleh Datuk Ismail Sabri itu mengecewakan rakan dalam pemerintah supaya PRU diadakan pada tahun depan dan bukannya pada musim tengkujuh ini.



Apa yang menarik untuk dilihat apa yang akan dilakukan oleh kerajaan sementara atau 'care taker government' kerana anggota Kabinetnya walaupun 'sekapal' tetapi nakhoda dan anak kapalnya sudah tidak sehaluan untuk mengemudikan kapal untuk sampai ke destinasinya.



Malah Pengerusi PN, Tan Sri Muyiddin Yassin, secara terbuka mengisytiharkan BN, iaitu parti Datuk Ismail Sabri musuh utama PN iaitu gabungan Bersatu, PAS, Gerakan, STAR dan SAAP, selain secara berasingan kira-kira 12 menteri kabinet dari PN mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong tidak bersetuju dengan permintaan Umno untuk mengadakan PRU15 pada masa terdekat.



Bermula 10 Oktober sehinggalah hari pengundian kerajaan sementara dan anggota kabinetnya akan menjelajah ke seluruh negara atas kapasiti tugas rasmi kerajaan tetapi pada masa yang masa akan berkempen untuk parti masing-masing di majlis yang dikatakan rasmi itu.



Melainkan PM sendiri mengeluarkan arahan anggota kabinet tidak dibenarkan menggunakan jentera kerajaan, keadaan yang unik dan pelik ini akan menjadikan kakitangan awam berada dalam dilema lebih-lebih lagi menteri dan timbalannya 'musuh' pada PRU15 ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >