Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan dipindahkan dek letusan kedua Gunung Ruang di Sulawesi Utara

May 03, 2024 | 12:38 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa sedang memindahkan beribu-ribu lagi penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Ruang di Sulawesi Utara, selepas gunung berapi itu meletus buat kali kedua dalam sebulan.


Pihak berkuasa juga merancang untuk mengosongkan dua buah kampung di kaki gunung berapi itu.

Gunung Ruang, yang terletak di tengah-tengah Pulau Ruang di luar pantai Sulawesi, meletus pada 30 April, memuntahkan abu gunung berapi sehingga 2,000 meter di udara.

Letusan pertama gunung berapi setinggi 725 meter itu, direkodkan pada 17 April, berikutan aktif buat beberapa minggu dan beberapa gempa bumi juga berlaku.

Selepas letusan pertama itu, pihak berkuasa menurunkan tahap berjaga-jaga kepada tahap tiga pada minggu lepas, sebelum menaikkannya semula ke tahap empat pada 30 April, tahap amaran tertinggi dalam sistem bencana negara.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) telah menetapkan zon larangan sepanjang 7 kilometer dari kawah gunung berapi, selepas letusan terbaru. Ini mencakup bahagian Pulau Tagulandang yang berdekatan.

Pulau Tagulandang tidak mempunyai bekalan elektrik sejak letusan terakhir, dan beberapa buah rumah di pulau itu telah musnah akibat runtuhan gunung berapi.

Sehingga 2 Mei, agensi bencana itu tidak menerima sebarang laporan kematian atau kecederaan berkaitan letusan itu, lapor The Jakarta Post.


Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto, terbang ke ibu kota Sulawesi Utara, Manado untuk membincangkan usaha mitigasi dan pemindahan dengan Gabenor Sulawesi Utara, Encik Olly Dondokambey pada 2 Mei.

Encik Suharyanto berkata pihak berkuasa telah memindahkan lebih 3,300 penduduk dari Pulau Tagulandang, yang terjejas akibat letusan gunung berapi itu sejak 30 April.

“Terdapat kira-kira 9,000 penduduk tinggal di Pulau Tagulandang. Kami mengerahkan 11 kapal dan sebuah helikopter untuk memindahkan baki 5,700 penduduk dalam tempoh tiga hari akan datang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >