Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salman Rushdie tak lagi perlu alat bantuan pernafasan, boleh bercakap

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Penulis Salman Rushdie tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan dan boleh bercakap semula.



Beliau sebelumnya diserang pada satu acara di New York pada Jumaat lalu.



Ejennya, Encik Andrew Wylie, mengesahkan berita itu kepada media Amerika Syarikat.



Encik Wylie sebelum ini berkata Encik Rushdie mungkin kehilangan fungsi mata, hatinya telah rosak dan saraf di lengannya terputus.



Encik Rushdie telah berdepan dengan ugutan bunuh selama bertahun lamanya bagi novelnya bertajuk The Satanic Verses, yang dianggap menghina oleh sebilangan umat Islam.



Pada Sabtu lalu, mahkamah diberitahu bahawa Encik Rushdie ditikam 10 kali ketika beliau bersedia mahu bercakap di Institusi Chautauqua di barat New York pada Jumaat lalu.



Hadi Matar, seorang lelaki New Jersey berusia 24 tahun yang ditahan di tempat kejadian, hadir di Mahkamah Daerah Chautauqua di Mayville, New York, bagi perbicaraan atas tuduhan cubaan membunuh tahap dua dan serangan dengan senjata.



Di mahkamah, pendakwa raya berkata serangan terhadap penulis itu telah dirancang.



Matar menaiki bas ke pusat intelektual yang terletak di barat New York itu dan membeli pas yang membolehkannya menghadiri ceramah yang bakal disampaikan Encik Rushdie pagi Jumaat, menurut pihak pendakwa raya.



Matar tiba di mahkamah dengan gari tangan dan tidak bercakap.



Encik Nathaniel Barone, seorang pembela awam, membuat pengakuan tidak bersalah bagi pihak Matar.



Matar ditahan tanpa ikat jamin, dengan kehadiran mahkamah seterusnya dijadualkan pada 19 Ogos.



Polis New York berkata pada sidang akhbar pada petang Jumaat bahawa tidak ada tanda motif tetapi mereka bekerjasama dengan Biro Siasatan Federal (FBI).



Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, berkata beliau terkejut dengan serangan ke atas penulis itu.



"Tidak ada sebab bagi keganasan sebagai respons kepada perkataan yang diucapkan atau ditulis oleh orang lain dalam meluahkan kebebasan pendapat dan bersuara," katanya dalam satu kenyataan.



Negara Iran, musuh Encik Rushdie, pula bergembira.



Muka depan akhbar Keyhan, yang diterbitkan di Teheran, semalam mengatakan bahawa Encik Rushdie telah mendapat "pembalasannya", sambil menambah bekas presiden Amerika, Encik Donald Trump, dan setiausaha negara Amerika, Encik Mike Pompeo, adalah sasaran "seterusnya". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >