Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi keluarkan amaran tentang iklan haji palsu

May 14, 2024 | 01:39 PM



RIYADH: Pengarah Keselamatan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap iklan penipuan berkaitan haji yang tersebar di wadah media sosial.


Kenyataan itu mengatakan bahawa iklan tersebut secara palsu mendakwa penyediaan perkhidmatan yang berkaitan dengan haji seperti “mengerjakan haji bagi pihak orang lain, penyediaan dan mengagihkan daging korban, menjual gelang haji serta menyediakan pengangkutan”.

Hukuman yang berat akan dikenakan ke atas individu atau entiti yang didapati bersalah melakukan perbuatan penipuan itu, tambah pengarah itu pada 11 Mei.

Pihak berkuasa Arab Saudi menggesa umat Islam supaya mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi haji.

“Kami juga ingin menjelaskan The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi’ (Adahi) adalah pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi, Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji,” katanya seperti yang dilaporkan Arab News.


Pihaknya juga berkata, sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti wadah Ehsan atau cawangan-cawangan yang bertauliah.

Ibadah haji biasanya berlangsung antara 8 dengan 13 Zulhijah, dan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Makkah untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Musim haji 2024 dijangka bermula pada 14 Jun.

Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik Arab Saudi, Encik Saleh al-Jasser, memberitahu Al Arabiya, bahawa teksi udara dan dron akan diuji semasa musim haji 2024.


“Pada masa ini terdapat banyak persaingan antara pelbagai syarikat pengangkutan untuk menyediakan produk praktikal pada tahun-tahun akan datang,” kata Encik al-Jasser dalam satu temu bual.

Memandangkan sektor haji ini terus berkembang, adalah penting bagi kementerian untuk diperkenalkan kepada teknologi baru ini dan melihat cara terbaik bagaimana ia dapat digabungkan.

“Jadi, kita mesti terlebih dahulu mendapatkan manfaat daripada perkhidmatan ini, dan untuk musim haji mendapat bahagian terbesar,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia, mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan haji yang menawarkan pelepasan dengan visa bukan haji.

“Kuota haji Indonesia tahun ini (2024) sudah diisi. Jangan tergoda atau terpedaya dengan tawaran laksana haji dengan visa perjalanan lain, selain visa haji,” kata jurucakap kementerian itu, Cik Anna Hasbie.

Beliau menekankan tawaran palsu yang menjanjikan umat Islam berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan haji tanpa perlu menunggu dengan menyalahgunakan visa perjalanan bukan haji, seperti visa untuk pegawai urusan haji, bekerja, sekali masuk atau visa kemasukan beberapa kali.

Portal berita Antara melaporkan ia susulan peningkatan kes membabitkan visa terbabit sebelum pelepasan haji pertama.


Cik Anna bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa tawaran haji, menggunakan selain visa haji.

Menurutnya, pihak berkuasa Arab Saudi akan menghantar pulang pesalah visa dan melarang kemasukan mereka ke negara itu selama 10 tahun.

“Selain tidak dapat menunaikan haji, mereka tidak boleh menunaikan umrah sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya.

Kumpulan pertama jemaah haji Indonesia berlepas pada 12 Mei manakala penerbangan pertama jemaah haji di bawah program khas akan bermula pada 23 Mei. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >