LIMA: Selepas Brazil, Peru kini muncul sebagai negara Amerika Latin kedua mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes, lapor perangkaan Kementerian Kesihatan Peru, semalam.
Sehingga kini, jumlah kematian di negara itu sudah melepasi 3,000 orang dan ia adalah peningkatan tiga kali ganda sejak 30 April lalu.