Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura alu-alu kerjasama dengan Jepun galak keamanan, kestabilan serantau

Dec 17, 2023 | 06:02 PM



Jepun mampu terus menyumbang kepada keselamatan serantau dan Singapura mengalu-alukan kerjasama yang mendalam dengan Tokyo bagi menggalakkan keamanan serta kestabilan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 17 Disember.

Ini termasuk memberi ruang kepada pesawat dan kapal Pasukan Pertahanan Jepun untuk singgah dan berlabuh di Singapura, kata beliau lagi. 

Encik Lee berkata demikian semasa berucap di sidang puncak yang diadakan di Tokyo bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan Asean-Jepun, lapor The Straits Times.


Pertemuan di hotel The Okura Tokyo itu dihadiri Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, serta pemimpin negara Asia Tenggara kecuali Myanmar, yang tidak dijemput kerana rampasan kuasa tentera.

Berucap kepada pemimpin pada sidang puncak itu, Encik Lee berkata bahawa Jepun dan Asean harus bekerjasama untuk mempromosikan “aturan serantau dan antarabangsa yang stabil, terbuka dan inklusif, berdasarkan kedaulatan undang-undang”.

Singapura, yang bakal mengambil alih sebagai penyelaras hubungan dialog Asean-Jepun dari Thailand pada Julai 2024, akan memainkan peranannya untuk memperdalamkan lagi penglibatan Jepun di rantau ini, kata Encik Lee lagi.

Beliau menekankan bahawa sumbangan Jepun telah “menjadi lebih mendesak, memandangkan ancaman kepada keamanan dan kestabilan”.

“Ketegangan kuasa besar meningkatkan risiko kemalangan dan peningkatan ketegangan di titik utama serantau seperti di Laut China Selatan, Selat Taiwan dan Laut China Timur,” ujarnya.







Dalam pada itu, Encik Lee menambah antara bidang kerjasama yang dimeterai Jepun-Asean ialah keselamatan maritim, keselamatan siber dan maklumat serta pertahanan kimia, biologi dan radiologi.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan agar Asean dan Jepun menggandakan usaha memperdalam kerjasama ekonomi, sambil menambah bahawa sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan peningkatan pakatan perdagangan antara kedua-dua pihak.

Beliau juga berpendapat bahawa Perjanjian Perkhidmatan Udara Asean-Jepun, jika diluluskan, akan mendatangkan manfaat bersama.

“Pertumbuhan ekonomi Jepun yang pesat menjadi inspirasi dan dorongan untuk pembangunan banyak negara di rantau ini, mengikut ‘model angsa terbang’,” kata Encik Lee, merujuk kepada kesan limpahan dinamik ekonomi Jepun ke rantau ini.

Pelaburan Jepun di Asia Tenggara serta perkongsian pengetahuan, telah “banyak membantu Asean mempercepat usaha pembangunan kita”, tambahnya.

Bagi meraikan kerjasama separuh abad antara Asean dengan Jepun, Encik Lee menyatakan bahawa Jepun dan Asean telah pun mengambil langkah besar untuk melakarkan masa depan kerjasama ekonomi.

Ini termasuk pelan tindakan bersama selama 10 tahun dalam perkongsian ekonomi yang telah dilancarkan pada Ogos.

Encik Lee menyifatkannya sebagai “dokumen penting ‘hidup’ yang akan melakarkan kerjasama ekonomi untuk dekad akan datang”.

Sejajar dengan itu, Singapura juga mengalu-alukan cadangan Encik Kishida agar Asean dan Jepun bekerjasama dalam membina industri automotif generasi akan datang, berpaksikan sumber tenaga dan proses pembuatan rendah karbon.

Dalam ucapan berasingan, Encik Lee berkata hubungan pelbagai aspek Asean-Jepun telah disokong oleh hubungan baik antara rakyat kedua-dua pihak.

“Persahabatan mesra dan hubungan rapat kami telah berkembang selama berdekad-dekad menerusi interaksi dan pendedahan kepada budaya dan cara hidup masing-masing,” kata Encik Lee, sambil berkongsi Jepun merupakan destinasi pelancongan popular untuk penduduk rantau Asia Tenggara dan juga sebaliknya.

Memandang ke hadapan, beliau menekankan bahawa perkongsian Asean dengan Jepun dalam tempoh 50 tahun akan datang mesti memberi tumpuan kepada belia, terutamanya melalui program biasiswa dan pertukaran.

“Membina hubungan antara rakyat kita merentas generasi adalah tugas strategik jangka panjang yang penting,” kata Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >