Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura boleh belajar dari pengalaman Tokyo 2020 dalam pembukaan negara: Chuan-Jin

Penting bagi Singapura buka sempadan, tetapi maklum sukar imbangi antara nyawa dengan mata pencarian penduduk
Aug 06, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 adalah "hadiah Jepun kepada dunia", kedua-duanya menerusi kuasa sukan yang membangkitkan semangat dan pengajaran daripada pengurusan risiko Covid-19, kata Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, semalam.



Beliau yang kini berada di Jepun berkata pengajaran itu terutamanya penting sedang Singapura berusaha membuka sempadannya kepada pengunjung asing.



"Mengurus Covid-19 secara sepenuhnya melibatkan pengurusan risiko dan sejauh mana tahap risiko yang anda sedia tanggung," kata Encik Tan.



Pemerintah Singapura tambah beliau, telah bersiap sedia untuk latihan perang, mencuba pelbagai kaedah, melihat bagaimana orang lain melakukannya".



"Apabila syaratnya tepat, kamipunya keyakinan untuk melaksanakan beberapa langkah ini," tambah beliau.



"Sekiranya anda inginkan sifar risiko, anda boleh tetapkan langkah yang sangat ekstrem, tetapi tiada apa yang berlaku, anda tidak boleh bergerak.



"Tetapi, apabila (langkahnya) terlalu longgar, anda berhadapan risiko penularan virus."



Demikian dinyatakan oleh Encik Tan ketika berucap kepada media Singapura yang berpangkalan di Tokyo pada hari terakhir dalam lawatan rasminya selama tiga hari di Jepun sebagai Speaker Parlimen.



Lawatan itu diadakan selepas tugasnya sebagai presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura.



Beliau tiba pada 22 Julai dan akan terus berada di Tokyo hingga hujung minggu ini.



Encik Tan menekankan betapa penting bagi Singapura untuk membuka sempadannya, tetapi maklum bahawa adalah sukar untuk mengimbangi antara nyawa dengan mata pencarian penduduknya.



"Anda boleh menanganinya untuk seketika waktu tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia menjadi mencabar," katanya.



Dalam hal ini, apabila Singapura sudah bersedia untuk menganjurkan acara global, ia boleh bergantung pada pengalaman Jepun dalam menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo, yang menyambut kedatangan sekitar 60,000 atlet dan pegawai dari luar negara.



Encik Tan berkata beliau kagum dengan bagaimana Jepun berjaya menganjurkan acara itu dalam gelembung.



Antara peraturan yang ditetapkan termasuk keperluan bagi atlet dan pegawai menjalani ujian swab setiap hari.



Terdapat keseluruhan 322 kes yang dilaporkan, termasuk satu kelompok, daripada lebih 500,000 ujian yang dikendalikan sejak 1 Julai.



"Kami pasti sedang memerhatikan apa yang mereka lakukan di Jepun," kata beliau.



Lawatan Encik Tan bertepatan dengan ulang tahun ke-55 hubungan dua hala antara Jepun dengan Singapura.



Beliau bertemu ahli politik termasuk Speaker Dewan Rakyat Tadamori Osima dan Menteri Negara (Pertahanan) Yasuhide Nakayama, antara lain.



Sementara kededua negara tidak dapat meraikan detik penting itu secara besar-besaran akibat Covid-19, beliau berharap hubungan mereka akan menjadi semakin kukuh, kata Encik Tan.



Antara isu yang dibincang Encik Tan bersama rakan sejawatannya dari Jepun adalah pengiktirafan pensijilan vaksin.



Jepun sudah mula mengemukakan "pasport vaksin", buat masa ini untuk hanya 12 negara dan wilayah.



Sifat timbal balik adalah cabaran utama, menurut laporan domestik, memandangkan Jepun buat masa ini tidak menawarkan pengecualian kuarantin yang sama seperti yang ia mohon kepada negara lain.



Singapura juga "tidak cukup bersedia" untuk membuka sempadannya, kata Encik Tan, sambil menambah bahawa ia adalah penting untuk membincangkan isu ini supaya "apabila syaratnya sesuai, kita boleh melaksanakannya dengan baik."



Pada akhirnya, mencapai vaksinasi secara meluas akan menjadi kunci bagi Singapura membuka sempadannya dengan lebih awal.



"Ia membolehkan anda mengawal risiko, untuk menjadi lebih terbuka dan memberi kita keyakinan mengadakan beberapa acara ini.



"Tetapi, ia tidak bermakna bahawa semua langkah harus dilonggarkan. Masih ada tahap kawalan bagi beberapa langkah memakai pelitup, jarak selamat, kebersihan - itu harus terus kekal," kata Encik Tan.



"Tetapi, dengan vaksinasi - anda mengambil kira semua ini - saya pasti ada beberapa cara untuk mengira tahap risiko. Jadi, kami sedang memantau dengan teliti, dan ada beberapa amalan baik yang boleh kami belajar di sini."




"Mengurus Covid-19 secara sepenuhnya melibatkan pengurusan risiko dan sejauh mana tahap risiko yang anda sedia tanggung. Sekiranya anda inginkan sifar risiko, anda boleh tetapkan langkah yang sangat ekstrem, tetapi tiada apa yang berlaku, anda tidak boleh bergerak. Tetapi, apabila (langkahnya) terlalu longgar, anda berhadapan risiko penularan virus."
- Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >