Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura, Jepun meterai kerjasama wujud koridor perkapalan hijau dan digital

Dec 16, 2023 | 08:00 PM



Singapura dan Jepun memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang termasuk pendigitalan, kemampanan dan perkapalan, dengan pemeteraian satu memorandum kerjasama (MoC) pada 16 Disember.

Memorandum itu bertujuan untuk mewujudkan koridor perkapalan hijau dan digital antara pelabuhan di Singapura dan Jepun, menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Kerjasama itu membuka laluan bagi usaha mengurangkan karbon, mendorong digitalisasi serta pertumbuhan industri maritim.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Perdana Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, memperkukuh hubungan dua hala yang baik antara dua negara itu dalam satu pertemuan pada 16 Disember.

Encik Lee sedang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Tokyo, Jepun – 15 hingga 18 Disember – bagi menghadiri sidang puncak bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan Asean-Jepun.

Menerusi satu kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata kedua-dua pemimpin membincangkan bagaimana Singapura dan Jepun boleh mengembangkan dan memperdalam lagi kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Antaranya seperti ekonomi masa depan, pendigitalan, kemampanan dan tenaga, serta keselamatan, menurut MFA.

Encik Lee dan Encik Kishida juga mengalu-alukan pemeteraian memorandum kerjasama untuk mewujudkan koridor perkapalan hijau dan digital antara pelabuhan di Singapura dan Jepun.

MFA berkata perjanjian itu akan “memudahkan penggunaan penyelesaian digital dan penyediaan bahan api pelepasan sifar dan hampir sifar melalui projek demonstrasi”.

MoC untuk mewujudkan koridor perkapalan hijau dan digital telah ditandatangani oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Chee Hong Tat, dan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Encik Saito Tetsuo.

Perjanjian ini juga menandakan Koridor Perkapalan Hijau dan Digital pertama yang ditubuhkan antara Singapura dan Jepun untuk membangunkan piawaian dan amalan terbaik yang menyokong penyahkarbonan, pendigitalan dan pertumbuhan industri maritim, kata MPA.

Di bawah kerjasama penting itu, MPA akan bekerjasama dengan enam pelabuhan utama Jepun yang terletak di wilayah Kanto, Kansai dan Chubu. 

Enam pelabuhan itu “mengendalikan jumlah keseluruhan kargo sekitar 57 juta tan pada 2020, mewakili sebahagian besar daripada jumlah kargo yang dikendalikan di Jepun”, kata MPA.

Singapura dan Jepun juga akan mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian digital untuk menyelaraskan proses pelepasan pelabuhan. Kedua-dua pihak akan bertukar maklumat dan amalan terbaik mengenai risiko keselamatan siber maritim serta aspek pendigitalan maritim yang lain, menurut MPA.

Mengulas tentang kerjasama untuk mewujudkan koridor baru itu, Encik Lee dalam satu catatan Facebook berkata: 

“Ini mencerminkan komitmen bersama kami terhadap penyahkarbonan dan pendigitalan dalam sektor maritim.”

Sementara itu, Encik Lee dan Encik Kishida juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, selain menekankan kepentingan menegakkan aturan antarabangsa berasaskan peraturan dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

MFA dalam kenyataannya menambah kedua-dua pemimpin mengalu-alukan peningkatan hubungan Asean-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif awal tahun 2023, sambil berkata bahawa ini akan menjadi peluang untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak serta bersama-sama menangani cabaran yang dihadapi rantau ini.

Singapura dan Jepun akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua halanya pada 2026 dan Encik Lee berkata ia merupakan satu detik yang penting.

“Singapura berharap untuk memperingati persahabatan antara negara kita dan mengukuhkan lagi hubungan kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >