Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal

Sep 05, 2022 | 03:31 PM



KUALA LUMPUR: Status bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sebagai Ahli Parlimen (AP) Pekan, kekal buat masa ini.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan tindakan Datuk Seri Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, mengemukakan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin (5 Sep).


Menurut undang-undang, mantan presiden Umno itu akan kehilangan kelayakan sebagai AP  Pekan (Pahang) secara automatik selepas 14 hari, bermula 24 Ogos lalu sekiranya tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh ini.


Langkah ini selaras dengan Perkara 48  (5 Sep) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai AP jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.


Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.75 juta) yang dikenakan ke atas Datuk Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta ($13.15 juta) milik SRC International Sdn Bhd.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >