Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taman digital SG-Indo di Batam lancar Nongsa D-Town

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



PADA masa sebelum pandemik Covid-19, kawasan Nongsa di Batam menjadi destinasi pilihan ramai warga Singapura.



Antara lain, mereka menikmati rawatan kecantikan di spa, bermain golf dan beriadah di pelbagai resort.



Justeru, Singapura dan Indonesia bertindak melabur jutaan dolar untuk membina Taman Digital Nongsa pada 2018.



Taman seluas 100 hektar itu, yang besar sedikit daripada Kebun Bunga Singapura, berperanan sebagai Zon Ekonomi Khas bagi menjalankan kegiatan ekonomi digital serta pelancongan.



Terkini, dua republik ini melancarkan pula 'kawasan tengah bandar' baru di kawasan tersebut yang diberi nama Nongsa D-Town.



Nongsa D-Town, yang juga hasil rekaan Surbana Jurong, dilancarkan secara maya oleh menteri ekonomi kedua-dua negara baru-baru ini.



Tapak seluas 62 hektar itu bermatlamat menjadi penghubung syarikat dan pekerja bidang teknologi Singapura dan Indonesia.



Apabila siap kelak, Nongsa D-Town dijangka menampung keperluan pekerjaan dan penginapan bagi 8,000 orang.



Pelancaran itu juga menandakan pembukaan tiga pejabat baru yang boleh menampung lagi 750 pekerja.



Secara keseluruhannya, Taman Digital Nongsa sudah memenuhi keperluan 1,000 pekerja daripada 100 syarikat.



"D-Town menandakan fasa baru dalam perjalanan Taman Digital Nongsa yang dibayangkan sebagai tempat meriah bagi mereka yang menceburi sektor teknologi dan digital untuk menjalani kehidupan, melakukan kerja pengekodan, mereka cipta dan beriadah.



"Jaraknya yang dekat dengan Singapura sekali gus menawarkan peluang bagi syarikat yang berpangkalan di Singapura memanfaatkan kekuatan ekosistem teknologi dua negara yang saling melengkapi ini," ujar Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing semasa majlis pelancaran.



Perjalanan menaiki feri dari Singapura ke Nongsa hanya memakan masa 40 minit.



Batam didiami lebih sejuta orang dan secara saintifik terlindung daripada bencana alam. Pulau itu juga menawarkan kos lebih rendah untuk menubuhkan perniagaan.



Turut mengulas perkembangan itu ialah Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto.



"Batam memiliki kelebihan geostrategik, iaitu ia dekat dengan Singapura, justeru mampu menjadi jambatan digital yang menghubungkan Singapura kepada bandar Indonesia lain yang kian maju," ujarnya.



Nongsa D-Town dibangunkan oleh PT Citra Sinar Global, iaitu gabungan syarikat Citramas Group dan Sinar Mas Land.



Kawasan itu akan menempatkan penginapan dan pejabat, di samping pusat latihan digital, pusat beli-belah dan hotel. - The Straits Times, The Business Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >