Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS tambah sekatan ke atas 2 bank Russia, firma Korea U

May 29, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat menambah sekatan ke atas dua bank Russia, sebuah syarikat Korea Utara dan seorang individu kerana dituduh menyokong program senjata pemusnah besar-besaran.



Sekatan itu meningkatkan tekanan terhadap Pyongyang berhubung pembaharuan pelancaran peluru berpandu balistik awal minggu ini.



Tindakan terbaru Amerika itu dibuat sehari selepas China dan Russia menggunakan kuasa veto terhadap desakan diketuai Washington untuk mengenakan lebih banyak sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.



Tindakan itu buat pertama kali memecahbelahkan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung ujian peluru berpandu balistik, sejak ia mula menghukum Pyongyang atas perbuatan sama pada 2006.



Kuasa veto itu digunakan walaupun Amerika berkata ia ujian keenam peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara dan isyarat bahawa Pyongyang melakukan persiapan untuk menjalankan ujian nuklear pertama sejak 2017.



Jabatan Perbendaharaan Amerika, dalam satu kenyataan, berkata ia menyasarkan Air Koryo Trading Corp dan institusi kewangan Russia, Far Eastern Bank dan Bank Sputnik kerana menyumbang kepada perolehan dan penjanaan pendapatan daripada pertubuhan Korea Utara.



Washington juga menyasarkan Encik Jong Yong-nam, wakil sebuah pertubuhan berpangkalan di Belarus di bawah Akademi Sains Semula Jadi Korea Utara (SANS), yang menurut Washington, menyokong pertubuhan Korea Utara dikaitkan dengan pembangunan peluru berpandu balistik. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >