Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanda tanya siapa timbalan perdana menteri M'sia

Nov 27, 2022 | 07:42 AM



PUTRAJAYA: Isu pembentukan Kabinet terutamanya pelantikan dua timbalan perdana menteri menjadi sorotan ramai sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.



Ketika ini nama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, disebut-sebut layak diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebagai mewakili Semenanjung.



Dua nama lain disebut-sebut bagi mengisi satu lagi jawatan itu untuk Borneo.



Seorang daripadanya ialah Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang mewakili etnik Iban atau Dayak dari bumi kenyalang yang dirasakan mampu memberi imej positif kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar.



Seorang lagi ialah Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, juga Ahli Parlimen Petrajaya.



Menurut Exco Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kemenangan besar Datuk Seri Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat di Parlimen Rembau dan pengalamannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mampu memberi kesan positif.



"Saya yakin rakyat dapat menerima Tok Mat (Mohamad Hasan) dan beliau dapat bersama membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Kerajaan Perpaduan menangani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.



"Cabaran politik kini amat berbeza dan dinamika yang berlaku pada PRU 15 ini cukup luar biasa. Jadi gandingan baik dan mantap ini, pasti dapat mengekalkan kestabilan politik negara untuk beberapa tahun mendatang," katanya dalam kenyataan semalam.



Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, pula berkata menamakan pemimpin yang mewakili etnik terbesar di Sarawak itu juga, akan menzahirkan bukti pengiktirafan besar kerajaan kepada masyarakat Bumiputera di Malaysia.



"Kalau Timbalan Perdana Menteri itu Alexander, ini satu pengiktirafan besar kepada sumbangan masyarakat Bumiputera di Sarawak khususnya. Sebab Alexander adalah wakil Iban atau Dayak. Ia memberikan suatu tempat kepada imej Anwar itu sendiri yang mahukan penyertaan lebih insklusif dalam kerajaannya.



"Jika menjadi realiti, ini pertama kali akan berlaku (Bumiputera dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri) dan dijangka mampu meningkatkan imej Anwar sendiri.



Sementara itu, penganalisis politik dari Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata, Datuk Seri Alexander dan Datuk Seri Fadillah adalah dua tokoh pemimpin Borneo yang sudah lama membina nama dan berkhidmat di persekutuan.



"Dua tokoh ini, Datuk Fadillah dan Alexander, mereka ini bermula dengan politik sejak 1999. Mempunyai pelbagai pengalaman dalam parti dan Kabinet Pusat. Jadi saya rasa, masing-masing memang ada kelebihan. Dalam situasi ini, tidak kira dari etnik mana pun, yang penting dia wakili Sarawak dan Sabah," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >