Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tangkap warga asing tanpa lesen sah di jalan raya M’sia

Sep 14, 2023 | 12:47 PM



MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui jumlah warga asing di jalan raya Malaysia tanpa lesen memandu yang sah, merupakan isu yang membimbangkan.


Pengarah Penguatkuasa Kanan JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata tumpuan pasukan penguatkuasanya pada masa ini adalah untuk menangkap warga asing ini semasa sekatan jalan raya.

“Warga asing yang mempunyai lesen memandu antarabangsa dibenarkan di jalan raya kami, tetapi kami bimbang mereka yang tidak mempunyai dokumen sah berada di jalan raya,” katanya selepas menyelia operasi khas motosikal di sepanjang Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin di Bertam Malim pada malam Rabu lalu.

Datuk Lokman ditanya mengenai keseriusan isu warga asing, terutama pendatang tanpa izin, yang menunggang atau memandu tanpa lesen yang sah.

Pada 10 Ogos lalu, Pengarah JPJ Melaka, Encik Muhammad Firdaus Shariff, berkata ramainya anggota masyarakat Rohingya yang menunggang dan memandu kenderaan di sini tanpa lesen sah, adalah membimbangkan.

Beliau berkata 63 individu daripada masyarakat itu, dirampas kenderaan mereka kerana berada di jalan raya tanpa lesen, sejak awal 2023 hingga Julai.

Datuk Lokman berkata JPJ akan mendapatkan statistik penuh warga asing tanpa lesen sah, pada penghujung operasi khas motosikal, yang bermula pada 1 September dan berakhir pada 30 September.

“Saya akan mendedahkan angka sebenar mengenai perkara ini pada akhir operasi ini,” katanya, dipetik The Star.


Beliau berkata pihak JPJ di seluruh negara tela memeriksa 140,544 motosikal sepanjang operasi bermula 1 September hingga 13 September, di mana 64,295 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Datuk Lokman berkata dalam tempoh operasi itu, 46 peratus daripada penunggang motosikal yang diperiksa gagal mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.


Beliau berkata 24,459 daripada penunggang motosikal tidak mempunyai perlindungan insurans, manakala 19,928 tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh, manakala 4,061 telah melanggar lampu isyarat, 2,676 kes pembonceng di bawah had umur yang dibenarkan.


Datuk Lokman turut mendedahkan sebanyak 3,111 motosikal turut dirampas dalam operasi itu.


“Objektif utama kami mengadakan operasi itu adalah untuk mewujudkan kesedaran keselamatan jalan raya dan mengurangkan jumlah kematian dalam kalangan penunggang motosikal,” katanya.


Datuk Lokman berkata, 65 pegawai dan anggota JPJ terlibat dalam operasi pada Rabu lalu di AMJ, di mana 380 motosikal diperiksa dengan 33 dirampas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >