Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI TANAH RUNTUH DEKAT GENTING

Tiga lagi mayat ditemui; 24 korban sejauh ini

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



BATANG KALI (Selangor): Tiga lagi mayat ditemui semalam, sekali gus menjadikan 24 orang korban - termasuk kanak-kanak - dalam tragedi tanah runtuh di pusat perkhemahan di Goh Tong Jaya, di sini.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyatakan, operasi hari kedua menyaksikan dua mayat ditemui pada 1.02 tengah hari manakala mayat kanak-kanak perempuan pula pada 4.05 petang semalam.



Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menghadapi kesukaran mengenalpasti identiti korban kerana tiada satu pun jasad mempunyai dokumen peribadi semasa ditemui.



"Kami menggesa mereka yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil dan mengenal pasti mereka di Hospital Sungai Buloh. Ahli keluarga boleh lapor polis," katanya.



Polis juga telah memanggil pengurus tapak perkhemahan Father's Organic Farm untuk diambil keterangannya.



Seramai 94 orang menjadi mangsa kes tanah runtuh ini, di mana 61 daripadanya terselamat, termasuk tiga warga Singapura.



Sehingga akhbar ini dicetak pada 9.30 malam tadi, jumlah kematian kini mencecah 24 orang dan jumlah yang masih hilang adalah seramai 9 orang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >