Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga perubahan di Timur Tengah dan kesannya kepada S’pura

Jul 17, 2023 | 05:30 AM



Timur Tengah sedang menyaksikan beberapa perubahan besar sedang negara di rantau itu mengubah semula ekonomi serta keutamaan geopolitik mereka, kata diplomat bersara, Encik Bilahari Kausikan.

Perubahan ini lebih ketara di negara Teluk seperti Arab Saudi, Amirah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, yang dalam proses itu turut melihat perubahan dalam masyarakat mereka, kata Encik Bilahari.

Beliau, yang merupakan Pengerusi Institut Timur Tengah (MEI) di Universiti Nasional Singapura, berkata demikian dalam satu wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.


Beberapa negara lain di rantau itu seperti Iraq, Libya, Lebanon dan Yaman pula sedang berdepan dengan konflik yang berlarutan, kata Encik Bilahari.

Beliau menggariskan tiga faktor utama yang menjejas rantau Timur Tengah, serta kesannya kepada Asia Tenggara, termasuk Singapura.

Tiga perkara itu ialah perubahan sosioekonomi, peralihan geopolitik, dan penyusunan semula keutamaan kerajaan Timur Tengah, termasuk perhatian mereka terhadap isu Palestin.

Mengenai pertumbuhan ekonomi di negara Teluk yang kaya dengan minyak, Encik Bilahari berkata negara tersebut sedang beralih ke arah masa depan pasca bahan api fosil, disebabkan keprihatinan mengenai perubahan iklim di seluruh dunia.

“Arab Saudi, UAE, Qatar dan Oman sedang mengubah semula ekonomi mereka untuk mempelbagaikan ekonomi, dan beralih daripada kebergantungan terhadap bahan api fosil.

“Ini membawa perubahan ketara, bukan sahaja kepada ekonomi, bahkan masyarakat dan budaya, malah fahaman tentang agama,” ujar Encik Bilahari, mantan setiausaha tetap dan duta besar di Kementerian Ehwal Luar Singapura.

Dari segi pertimbangan geopolitik, Encik Bilahari menarik perhatian perubahan besar dari segi cara Timur Tengah cuba mempelbagaikan hubungan antarabangsanya, daripada hanya bergantung kepada Amerika Syarikat.

Amerika akan sentiasa penting kepada Timur Tengah, khususnya negara Teluk, katanya. Pada masa yang sama, negara di rantau itu turut menjalin hubungan dengan pihak lain seperti China, Eropah dan Asia Tenggara.

Akibat dua faktor itu – perubahan sosioekonomi dan geopolitik – keutamaan kerajaan negara di Timur Tengah juga disusun semula, sekali gus mengurangkan perhatian mereka terhadap isu Palestin, kata Encik Bilahari.

Isu Palestin tetap penting kepada ramai rakyat negara Arab, tetapi kurang penting di mata kerajaan mereka, yang lebih mengutamakan reformasi dalaman.

Reformasi dalaman itulah yang akan menjejas kestabilan rantau Timur Tengah, yang penting kepada ekonomi sedunia.

Pelbagai perubahan itu akan turut menjejas Asia Tenggara, termasuk Singapura.

“Warga Singapura perlu mengambil perhatian kepada Timur Tengah kerana suka atau tidak, ia akan menjejas anda.

“Kini kami melihat ada peluang dan pembangunan di sana yang perlu diikuti, menjangkau perspektif agama. Ia lebih luas daripada itu, dan kami perlu memahaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya Encik Bilahari.

Laporan lanjut di Muka 6, 7




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >