Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Tindakan gugur ahli MKT akan bawa krisis, perpecahan dalam Umno'

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Ketereh di Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan tindakan menggugurkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebelum tamat penggal perkhidmatan akan hanya membawa parti ke arah krisis dan perpecahan.



Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, yang digugurkan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada Januari tahun lalu, berkata tindakan ini juga bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan PAU Khas sebelum ini.



"Meskipun ada peruntukan bagi presiden memecat ahli MKT yang dilantik presiden, tindakan itu tidak membawa kebaikan, malah jarang dilakukan oleh mana mana Presiden Umno.



"Di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat menteri, timbalan menteri dan (ahli) MKT yang menentang beliau secara terbuka, namun tiada sesiapa digugurkan hanya kerana tidak menyokong presiden.



"Namun kali ini pemecatan demi pemecatan berlaku," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, kelmarin.



Tan Sri Annuar juga mendakwa, beliau difahamkan ada lagi beberapa nama bakal dipecat sebagai ahli MKT, namun tidak memperincikannya.



Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, digugurkan daripada MKT Umno susulan surat mengenai keputusan berkenaan bertarikh 21 Jun lalu yang tular.



Datuk Seri Tajuddin sebelum ini telah dilantik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan sikap dan pendirian Datuk Seri Tajuddin yang bercanggah dengan parti antara punca beliau digugurkan.



Kritikan terbuka dan pandangan bertentangan keputusan MKT Umno menjadi antara sebab Datuk Seri Tajuddin, 74 tahun, digugurkan sebagai ahli MKT.



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika menjelaskan perkara itu berkata, Datuk Seri Tajuddin juga tahu sebab musabab dirinya digugurkan daripada jawatan dilantiknya itu.



"Saya fikir, tanyalah diri beliau sendiri. Tidak adil kalau saya memberi tahu secara umum kenapa, tetapi tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan kepada parti," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >