Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine rancang tindak balas, Russia alih tumpuan

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



KYIV: Pegawai pemerintah tentera darat Ukraine, pada Isnin mengatakan bahawa Kyiv merancangkan langkah selanjutnya, selepas Moscow mengalihkan tumpuan serangan dari bandar timur Bakhmut ke sebuah bandar lain yang jauh ke selatan, yang disifatkan sebagai "pasca apokaliptik."



Tentera Ukraine berhasrat untuk melemahkan tentera Russia sebanyak mungkin, sebelum melancarkan serangan balas, dalam beberapa minggu atau bulan akan datang - berusaha untuk menamatkan pencerobohan yang dilancarkan oleh presiden Russia, Encik Vladimir Putin, 13 bulan lalu.



Pegawai pemerintah tentera darat Ukraine, Kolonel Jeneral Oleksandr Syrskyi, berkata minggu lalu bahawa serangan balas itu mungkin dilancarkan "secepatnya."



Semasa melawat askar-askar di barisan hadapan di timur pada Isnin lalu, beliau berkata tenteranya masih menangkis serangan-serangan Russia di Bakhmut.



Mempertahankan bandar kecil di rantau perindustrian Donbas, yang cuba ditawan Russia sejak beberapa bulan lalu, adalah "satu kemestian ketenteraan," kata beliau, sambil memuji daya tahan askar Ukraine "dalam keadaan yang amat sukar."



"Kami sedang menimbangkan semua kemungkinan perkembangan yang berlaku dan akan bertindak sewajarnya menurut keadaan."



Ketua angkatan tentera Ukraine, Encik Valery Zaluzhniy, berkata pada Sabtu lalu, keadaan semakin "stabil" di sekitar Bakhmut, di mana tentera Russia mendakwa mereka bertindak di setiap jalan raya.



Pada minggu lalu, tentera Ukraine memberi amaran bahawa Avdiivka, sebuah bandar kecil 90 kilometer ke selatan, mungkin menjadi "Bakhmut kedua," kerana tentera Russia sedang menumpukan serangan di sana.



Kedua-dua bandar itu - Bakhmut dan Avdiivka - telah musnah akibat serangan-serangan yang disifatkan oleh Russia dan Ukraine sebagai "pengisar daging."



"Saya sedih untuk mengatakan ini, tetapi Avdiivka kini menjadi sebuah tempat seperti dalam sebuah filem pasca apokaliptik," kata Encik Vitaliy Barabash, ketua bahagian pentadbiran tentera di bandar itu.



Hanya sekitar 2,000 orang penduduk daripada sejumlah 30,000 orang, yang masih kekal di situ dan mereka juga digesa supaya meninggalkan bandar itu.



Satu rakaman video tentera Ukraine menunjukkan asap berkepul-kepul keluar dari beberapa blok bangunan apartmen yang runtuh, dan mayat terbujur di Bakhmut.



Dua orang terbunuh dan 29 yang lain cedera pada Isnin, selepas askar Russia melepaskan tembakan dua buah peluru berpandu S-300 ke arah bandar timur Sloviansk, di barat laut Bakhmut, menurut gabenor serantau, Encik Pavlo Kyrylenko.



Presiden Volodymyr Zelensky menayangkan video serpihan yang terbakar, dan beliau berikrar bahawa "Ukraine tidak akan memaafkan Russia" yang melakukan serangan ini.



Moscow menafikan serangan yang disasarkan ke ke atas orang awam.



Di Russia, kementerian pertahanan berkata, ia telah menembak jatuh sebuah dron Ukraine pada Ahad.



Tiga orang cedera dan sebuah bangunan apartmen mengalami kerosakan dalam serangan di selatan Moscow.



Kyiv tidak membuat sebarang ulasan terhadap laporan serangan dalam negara Russia.



Laporan serangan terakhir, ke atas bandar Kireyevsk, di wilayah Tula, 220 kilometer ke selatan Moscow, adalah di antara yang paling hampir dengan ibu kota Russia, yang pernah dilancarkan sejauh ini. - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >