Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Umno mahu 'gerak solo' hadapi pilihan raya

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli dan pemimpin Umno di Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021) yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam, rata-rata menggesa agar parti itu dan Barisan Nasional (BN) kekal bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.



Tuntutan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera bukanlah gesaan yang baharu dibuat Umno ketika ini, sebaliknya sudah bermula sejak Februari 2020 lagi.



Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh pada penghujung Februari 2020, Umno ketika itu sudah mempersembahkan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan.



Katanya, waktu itu, Umno berpandangan menyerahkan semula mandat kepada rakyat adalah jalan terbaik menamatkan kekusutan politik yang berlaku, namun ia tidak dipersetujui Agong.



"Waktu itu ada tiga keputusan. PH menamakan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, satu lagi pihak menyokong (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), saya yakin ini daripada kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yasin.



"Umno ketika itu kita sudah sepakat persembahkan supaya Parlimen dibubarkan, tapi akhirnya ia tidak berlaku," katanya pada program Bual Bicara sempena PAU 2021 menerusi Facebook Umno Online, semalam.



Selain itu, perwakilan Umno juga menghendaki parti itu segera menamatkan hubungan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN) yang telah dibentuk kerana PAS dilihat tidak lagi bernafsu untuk memperkasakan kerjasama terbabit.



Perwakilan Terengganu, Encik Bazlan Abdul Rahman berkata, piagam MN yang ditandatangani pada 14 September 2019 dengan pelukan erat dan juraian air mata pemimpin serta penyokong kedua-dua parti, hampir tinggal menjadi sejarah.



"Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Umpama bunga tanggal kelopak, ibarat madu habis manisnya, MN kini hanya tinggal sebagai sebutan. Kalau hilang tidak dicari, kalau sakit tidak diubati, kalau habis pun tidak diganti.



"Semua ini gara-gara sikap curang PAS yang berjinak-jinak dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui Perikatan Nasional (PN). Bahkan ucapan pemimpin PAS akhir ini bersifat prejudis seolah-olah kita yang menyebabkan retaknya MN," katanya.



Sementara itu, Umno Kelantan menggesa parti itu menutup pintu kepada bekas pemimpinnya yang melompat parti selepas BN tewas pada PRU-14.



Ketua Umno Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata Umno tidak perlu berjiwa besar menerima golongan terbabit yang bertanding menggunakan dana dan jentera BN, namun kemudian lari meninggalkan parti.



"Bo bolah panggil puak-puak ini, wat gapo lagi? (Sudah-sudahlah panggil kumpulan ini, buat apa lagi)? Yang ada di sini, cukup dah. Inilah pejuang kita dan mempertahankan kita. Kalau nak jadi menteri, yang ini pun ramai boleh jadi menteri.



"Sudahlah lari daripada parti kita, dia boleh kata hodoh (memburukkan) kita pula. Cukup-cukuplah nak berjiwa besar dengan puak ini. Biar dia duduk di sana," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >