Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WAWANCARA ANWAR DI S’PURA BERSAMA BLOOMBERG

'Umno tidak boleh ada gunting dalam lipatan'

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi, menjelaskan tindakan dilakukannya dalam kepimpinan parti itu bersifat 'kejernihan politik' bagi menyelamatkan parti Melayu itu daripada pihak yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.



Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata pihaknya boleh meraikan pendapat namun tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyentuh soal integriti parti.



Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Datuk Zahid berkata sebarang keputusan yang dibuat dalam memimpin Umno bukanlah kerana beliau membenci individu tertentu namun ia atas dasar menyelamatkan parti, lapor berita harian Malaysia (BHM).



"Serangan bukan hanya datang dari luar, kita kenal musuh di luar dan juga musuh di dalam... baling batu sembunyi tangan itu sangat banyak tapi saya harus bersangka baik... sebagai seseorang diberikan amanah memimpin parti, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu berlaku?



"Parti perlu diselamatkan, parti tidak boleh ada gunting dalam lipatan atau duri dalam daging... bagaimana jika sampah masuk ke mata?



"Kita buka matapun sakit, tutup matapun sakit, kita harus buang sampah itu untuk jaga mata supaya penglihatan kita jelas.



"Itu dipanggil 'political clarity', ia harus dilakukan... namun saya tidak menuduh atau memaksudkan sesiapa, saya meraikan perbezaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh saya tidak boleh berkompromi," katanya melalui program Ruang Bicara bertajuk 'Desa Makmur Luar Bandar Sejahtera' di saluran Bernama TV.



Datuk Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kini berdepan pelbagai kritikan susulan tindakan pembersihan Umno di bawah kepimpinannya yang menyaksikan pemecatan bekas Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.



Keputusan dibuat hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Jumaat lalu itu juga turut memutuskan beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen (AP) Sembrong, yang juga bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Ketua Penerangan, Encik Shahril Sufian Hamdan, digantung keahlian selama enam tahun.



Pada masa sama, Datuk Zahid berkata sebagai seorang pemimpin beliau tidak boleh mengambil pendekatan syok sendiri dengan menganggap semua pihak akan menyokongnya.



"Kalau khuatir dilanda ombak jangan buat rumah di tepi pantai... tiang serinya harus kukuh biarlah tsunami mendatang... kita sebagai pemimpin harus terima berapa ramai sokong kita, begitu jugalah jumlah orang yang tidak suka kita.



"Jangan jadi pemimpin syok sendiri, kata semua orang sokong kita... kritikan dari luar dan dalam pasti terima dan ditangani secara sebaik mungkin," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >