Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Visa pelancongan tidak boleh tunai haji, umrah dalam musim haji

Sep 04, 2022 | 05:30 AM



JEDDAH: Pemegang visa pelancongan tidak dibenarkan melakukan ibadah haji atau umrah semasa musim haji, kata Kementerian Pelancongan Arab Saudi, selepas melakukan pindaan ke atas peraturan visa itu.



Peraturan baru visa itu menghendaki pelancong mematuhi peraturan dan arahan keselamatan semasa berada di negara itu, termasuk membawa dokumen pengenalan diri setiap masa, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.



Kementerian itu menjelaskan pemegang taraf pemastautin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) boleh memasuki Arab Saudi menggunakan visa e-pelancong, sekiranya tempoh pemastautin sah sekurang-kurangnya tiga bulan.



Individu memegang taraf pemastautin GCC bermakna sesiapa yang mempunyai kerakyatan negara GCC, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.



Ini turut merangkumi anggota keluarga pemegang visa kelas pertama yang datang bersamanya selain pembantu rumah yang datang bersama penaja mereka.



Khamis lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baru yang membenarkan penduduk negara GCC memohon e-visa selain penduduk United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah memohon visa apabila tiba (VOA).



Menteri Pelancongan Arab Saudi, Encik Ahmed Al-Khateeb, menandatangani satu perintah menteri yang akan menjadikan negara itu lebih mudah diakses berikutan permohonan visa dipermudah dan dipercepat.



Pemegang visa pelancongan dan perniagaan sah dari United Kingdom dan Amerika atau sebarang negara di bawah Perjanjian Schengen boleh mendapatkan VOA, sekiranya pemohon pernah melawat negara yang mengeluarkan visa itu sekurang-kurangnya sekali.



Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan tiada lapangan terbang khusus bagi ketibaan jemaah di Arab Saudi. Jemaah boleh memasuki dan meninggalkan negara itu menerusi sebarang lapangan terbang antarabangsa atau domestik di negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >