Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Islam pertama lulus latihan angkasawan Nasa, sedia teroka angkasa

Mar 07, 2024 | 12:32 PM



HOUSTON: Selepas menamatkan latihan angkasawan selama dua tahun, angkasawan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Cik Nora Al Matrooshi melahirkan rasa rindu untuk bertemu semula dengan anggota keluarga dan tidak sabar menyambut Ramadan.


Cik Nora, 30 tahun, yang menjadi wanita Islam keturunan Arab pertama yang lulus latihan angkasawan oleh Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), Amerika Syarikat pada Selasa, 5 Mac bersama rakan senegaranya Encik Mohammad AlMulla dan 10 yang lain, kini layak menjadi angkasawan.

“Untuk menjadi seorang angkasawan memang sukar, tidak kira apa agama atau latar belakang anda.

“Saya tidak fikir menjadi seorang Muslim menjadikan tugas ini lebih sukar. Menjadi seorang Muslim menyedarkan saya mengenai sumbangan nenek-moyang saya, ulama dan saintis Islam sebelum saya mengkaji bintang.

“Saya menjadi seorang angkasawan hanya meneruskan tugas mereka memulakan misi ini beribu-ribu tahun yang lalu,” kata Cik Nora.

Cik Nora ialah seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak, menjadi salah seorang daripada dua calon angkasawan yang dipilih oleh Agensi Angkasa UAE pada 2021 untuk menyertai latihan dengan Nasa.

Menurut Cik Nora, penyelidik Nasa membangunkan produk bagi membolehkannya menutup rambut ketika memakai sut angkasa dan topi keledar agensi itu, yang dikenali secara rasmi sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular (EMU).

“Sebaik sahaja anda memakai EMU, anda memakai topi (komunikasi) (dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara), yang menutup rambut. Saya sangat hargai mereka yang melakukan semua ini untuk saya,” kata Cik Nora.


Bercakap kepada Khaleej Times sejurus selepas tamat pengajian melalui panggilan video dari Houston, Cik Nora berkata bahawa orang yang ingin beliau temui adalah neneknya setelah dua tahun menjalani latihan.


Ketika ditanya sama ada beliau akan kembali ke UAE sebelum Ramadan, Cik Nora menambah:

“Saya akan pulang tidak lama lagi. Nenek saya, saya tahu, sedang menunggu saya dan saya tidak sabar untuk memberitahu ahli keluarga saya yang lain tentang pengalaman saya di sini.”

Walaupun Cik Nora yang pertama menamatkan pengajian dari Nasa, wanita Arab lain turut menyertai misi angkasa lepas secara persendirian, termasuk penyelidik bioperubatan Arab Saudi, Cik Rayyanah Barnawi, yang terbang dengan Axiom Space ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2023, dan jurutera Mesir-Lebanon, Cik Sara Sabry, seorang kru dalam penerbangan suborbital Blue Origin 2022. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >