Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DI MAHKAMAH MALAYSIA

Wanita M'sia terlepas tali gantung; suami hadapi bicara edar dadah

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



AYER KEROH (Melaka): Seorang suri rumah tidak dapat menahan air mata apabila terlepas daripada hukuman gantung atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis di Mahkamah Tinggi, semalam.



Keputusan terhadap tertuduh, Nurul Shakila Mohd Ikram Rajoo, 31 tahun, yang didakwa bersama suaminya atas tuduhan sama itu diputuskan Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid selepas mendapati wanita itu tidak mempunyai niat bersama melakukan kesalahan berkenaan.



Hakim Mohd Radzi, bagaimanapun, memerintahkan suami tertuduh, Mohd Salleh Meerasha, 34 tahun, untuk membela diri di atas tuduhan yang telah dipinda selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis berat bersih 484 gram, kira-kira 8.40 malam di Jalan A Eredia Road Portuguese Settlement dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Mei 2019.



Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.



Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung.



Hakim Mohd Radzi turut memaklumkan, menerusi rakaman percakapan, Nurul Shakila memberitahu bungkusan dadah yang didakwa itu telah ada ketika dia menaiki kenderaan terbabit yang digunakan oleh suaminya sepanjang masa.



Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 Februari untuk perbicaraan bagi perintah membela diri.



Seramai lapan saksi pendakwaan dan 12 saksi pembelaan dikemukakan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 12 Oktober lalu.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamed Arsad, manakala tertuduh diwakili Peguam Andrew Lourdes. - Astro Awani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >