Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG RAYA DI MALAYSIA

Warga M'sia hati-hati buat persiapan Raya kerana ekonomi belum pulih

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



KEADAAN ekonomi yang belum pulih sepenuhnya dan pada masa yang sama kenaikan kos sara hidup menyebabkan orang ramai lebih berhati-hati semasa berbelanja sempena Aidilfitri tahun ini - berbelanja apa yang diperlukan secara wajib dan mendesak sahaja.



Berikutan itu, ia sedikit sebanyak menjejaskan mood sambutan Lebaran kali ini selepas suasana muram semasa musim Covid-19 sejak tiga tahun lepas.



Menurut penganalisis isu semasa, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed, tuntasnya, orang ramai kini mula lebih berhemah dalam berbelanja akibat kesempitan kewangan.



"Walaupun secara umumnya kelihatan orang ramai membanjiri bazar Ramadan dan Aidilfitri, namun jika diperhalusi secara terperinci sambutan kali ini agak kurang berbanding sebelumnya.



"Ada bazar Ramadan yang dilaporkan suram manakala ada juga peniaga bazar Aidilfitri di kawasan popular seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) mengeluh sambil menyatakan jualan pakaian untuk sambutan Hari Raya di gerai mereka adalah paling teruk dihadapinya sejak 20 tahun berniaga di situ.



"Kelihatan ramai yang sekadar datang ke bazar Raya untuk melihat apa yang dijual dan berlalu pergi tanpa sebarang pembelian.



"Kemerosotan jualan itu dikatakan bukan sahaja dihadapi di bazar Raya Jalan TAR, malah turut berlaku di beberapa tempat lain di serata negara," katanya kepada Berita Harian (BH).



Bagi peniaga kecil makanan kering, Encik Mohd Noor Mohd Khir, bersama anak lelaki berusia tujuh tahun, mereka akan meraikan Aidilfitri secara sederhana kerana kurang kemampuan.



Menurutnya, kenaikan harga barang makanan dan keperluan lain menyebabkan beliau terpaksa melupakan hasrat membeli baju Raya baru buat dirinya, tetapi tetap menyediakan pakaian baru untuk anaknya.



"Sebagai peniaga memang terasa dengan kenaikan kos sara hidup ini, semuanya naik menyebabkan kadar untung menjadi sedikit berbanding sebelumnya.



"Oleh itu, saya hanya berbelanja barang makanan harian, yang lain boleh tunggu sehingga ekonomi pulih," ujarnya lagi.



Pesara, Encik Kamaruzaman Salleh, berpandangan rakyat Malaysia masih mempunyai kuasa membeli berdasarkan sambutan ramai di bazar Ramadan dan Aidilfitri.



Beliau, yang sering ke bazar Raya di kawasan kejiranan di Petaling Jaya, dapat melihat sendiri ramai orang membeli juadah berbuka selain ramai yang berpusu-pusu di kompleks beli-belah dan bazar.



"Berdasarkan kepada kehadiran ramai di tempat tumpuan perniagaan, mood sambutan Raya masih meriah bergantung di tempat kejiranan masing-masing. Sekiranya ke kawasan penempatan B40 (kumpulan pendapatan 40 peratus paling bawah), bazar masih mendapat sambutan kerana harga barang yang dijual berdasarkan kemampuan golongan itu," katanya.



Encik Mohamad Nazari Abd Rahman pula yang tinggal di kawasan perkampungan Melayu di Hulu Langat tidak merasakan kelainan sambutan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini.



"Bagi saya yang duduk di kampung, semuanya biasa sahaja... kami tetap merayakan hari yang mulia ini mengikut kemampuan masing-masing.



"Kami berbelanja barang keperluan harian utama sahaja, yang lain seperti sayuran dan ulam-ulam kami tanam sendiri untuk makan sekiranya perlu," tambahnya.




"Walaupun secara umumnya kelihatan orang ramai membanjiri bazar Ramadan dan Aidilfitri, namun jika diperhalusi secara terperinci sambutan kali ini agak kurang berbanding sebelumnya. Ada bazar Ramadan yang dilaporkan suram manakala ada juga peniaga bazar Aidilfitri di kawasan popular seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) mengeluh sambil menyatakan jualan pakaian untuk sambutan Hari Raya di gerai mereka adalah paling teruk dihadapinya sejak 20 tahun berniaga di situ."



- Penganalisis isu semasa, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >