Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Zahid pertahan usul tak tanding 2 jawatan tertinggi Umno

Jan 16, 2023 | 05:30 AM



KETETAPAN untuk tidak membuka dua jawatan tertinggi Umno untuk dipertandingkan adalah sah dan selaras dengan perlembagaan parti, kata presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



"Kami merasakan usul tambahan di bawah Perkara 8 ucapan pencadang mengenai ucapan dasar presiden adalah mematuhi sepenuhnya beberapa perkara di bawah perlembagaan," katanya pada sidang media selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur kelmarin.



"Perkara itu telah dijelaskan mengikut fasal-fasal dalam Perlembagaan Parti dan peraturan. Jika ada mengatakan terdapat usul yang tidak sah di dalam dewan dan beberapa perkara tidak diikuti oleh Pengerusi tetap, saya yakin perkara itu telah mendapat nasihat daripada penasihat undang-undang Umno sendiri dan juga Lembaga Disiplin Umno," kata beliau, lapor Astro Awani.



"Sudah tentu pengamal undang-undang dan penasihat undang-undang Umno dan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno pasti lebih tahu bahawa perjalanan mesyuarat dan peraturan yang diikuti adalah mengikut apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan," katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ucapan penggulungan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU2022), pada kelmarin.



Beliau menambah bagi jawatan-jawatan Naib Presiden dan ke bawah pula, ia masih terbuka seperti biasa.



Mengulas lanjut, anggota parlimen Bagan Datuk itu juga berkata rasional terhadap perkara itu juga telah diperincikan oleh kesemua perwakilan yang membahaskan usul terbabit.



"Saya juga turut meneliti ucapan dasar ketua-ketua sayap dan juga jurucakap negeri-negeri.



"Maka keputusan tadi adalah keputusan muktamad sesuai dengan apa yang saya nyatakan dalam wawancara atau kenyataan media bahawa sesungguhnya kami berdua menyerahkan soal ini kepada perwakilan.



"Perwakilan yang diabsahkan adalah perwakilan di dalam Perhimpunan Agung Umno dan perkara ini telah dilaksanakan mengikut fasal-fasal dalam Perlembagaan parti dan peraturan parti," katanya.



Jelas Datuk Zahid lagi, tidak timbul isu dia takut untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu kerana apa yang diusulkan itu adalah ketetapan yang dibuat oleh akar umbi.



"Mereka adalah mewakili akar umbi, jadi akar umbilah yang mahu supaya perpaduan dan penyatuan parti itu diutamakan," tambahnya.



Perwakilan Umno kelmarin meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu kali ini.



Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan usul berkenaan diterima perwakilan.



Katanya undian dijalankan melalui kiraan tangan dan perwakilan yang berdiri sebagai menyatakan sokongan.



Kelmarin, perwakilan Negeri Sembilan mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.



Encik Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang kelmarin.



Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.



Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.



Perwakilan Johor dan Wilayah Persekutuan yang membahas usul dasar presiden bagaimanapun menolak usul supaya dua jawatan utama tidak dipertandingkan.



Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil, berkata usul berkenaan disokong hampir kesemua perwakilan yang hadir.



Katanya, semua usul yang dikemukakan pada persidangan kali ini telah diluluskan oleh perwakilan Umno.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >