Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Apakah jenis kerja fleksibel yang harus dipertimbang majikan?

Apr 22, 2024 | 06:00 PM



Apakah jenis kerja fleksibel berbeza yang perlu dipertimbang secara adil oleh majikan di bawah Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permintaan Pengaturan Kerja Fleksibel?

Akhbar The Straits Times (ST) memberikan jawapan praktikal kepada beberapa persoalan mengenai cabaran di tempat kerja dan bagaimana pekerja boleh memajukan kerjayanya.


Menurut ST, garis panduan tiga pihak yang diumumkan pada 15 April menggunakan takrifan luas bagi aturan kerja fleksibel yang majikan perlu pertimbangkan secara adil.


Ia merangkumi aturan tempat fleksibel, masa fleksibel dan tugasan fleksibel.

Aturan tempat fleksibel membolehkan pekerja memilih untuk bekerja di tempat lain, selain tempat kerja yang ditetapkan, atau tidak mempunyai tempat kerja khusus.

Aturan masa fleksibel membolehkan kakitangan bekerja secara fleksibel pada masa berbeza tanpa mengubah jumlah waktu kerja dari segi kiraan jam, dan tugasannya.

Pekerja yang mempunyai tugasan fleksibel pula biasanya melakukan tugasan berbeza, dan menerima gaji yang sepadan.

ST meneliti beberapa bentuk aturan kerja fleksibel di bawah setiap kategori tersebut, yang perlu dipertimbang majikan secara adil apabila permintaan dibuat.


Tempat fleksibel


Kerja di mana-mana atau kerja dari rumah


Kerja secara ‘remote’ atau di mana-mana, menjadi perhatian ramai sejak beberapa tahun lalu, setelah ia diamalkan secara meluas semasa pandemik Covid-19.

Ia melibatkan pekerja yang bekerja dari tempat selain pejabat syarikat, selalunya di rumah mereka, untuk tempoh terhad atau sepanjang masa.

Seorang kakitangan yang bekerja di “tempat fleksibel” ialah Cik Cheryl Wong, 38 tahun.

Ibu dua anak lelaki berusia lapan dan 11 tahun itu bekerja di luar pejabat sebagai ketua kreatif di agensi pemasaran Boing sejak awal Mac.

Aturan tersebut membolehkannya mengambil kerja sepenuh masa buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.

Sebelum ini, beliau terpaksa berhenti kerja sepenuh masa sebagai pereka grafik untuk menjaga anak sulungnya, yang menghidap autisme.

“Saya ingin membantu dalam kerja sekolah anak-anak saya dan berada di sisi mereka ketika detik-detik penting mereka,” kata Cik Wong.

“(Banyak) majikan tidak sanggup menggajikan seseorang untuk bekerja secara jarak jauh (secara sepenuh masa). Oleh itu, saya bekerja dengan syarikat yang memerlukan pekerja bebas tanpa faedah (yang diberi kepada) pekerja sepenuh masa, dan ini cukup mencabar,” ujar beliau.

Ketua Eksekutif Boing, Cik Alisa Tan berkata syarikatnya, yang mempunyai lapan kakitangan, menawarkan semua pekerja aturan kerja “tempat fleksibel”.

“Apabila pekerja diperkasa dan diberi persekitaran kerja fleksibel, mereka lebih fokus bekerja. Berbeza dengan tanggapan ramai, saya sebenarnya melihat produktiviti yang meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa kerja “tempat fleksibel” tidak sesuai untuk individu yang kurang motivasi diri atau syarikat yang tidak dapat menyampaikan keperluan dan matlamat niaga mereka dengan berkesan, jika berbuat demikian.

Masa fleksibel


Syif fleksibel


Aturan ini membolehkan pekerja syif memilih syif secara fleksibel yang dapat memenuhi komitmen mereka yang lain.

Contohnya, ia mungkin melibatkan pekerja dalam sesebuah pasukan bertukar syif sesama mereka.

Rangkaian makanan segera McDonald’s, majikan utama pekerja syif di sini, menawarkan pilihan ini.

Aturan kerja fleksibel juga boleh berbentuk waktu kerja fleksibel dan waktu kerja berperingkat.

Tugasan fleksibel


Kerja sambilan


Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep) mentakrifkan kerja sambilan sebagai aturan kerja fleksibel di mana seseorang bekerja dalam tempoh masa lebih singkat secara tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >