Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Berhenti jadi pekerja hantaran... buka warung

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



Pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak sektor  termasuk sektor makanan dan  minuman (F&B) tetapi juga  merupakan sektor yang banyak  diceburi apabila pekerja  diberhentikan atau pendapatan  terjejas. Ini menyebabkan ramai  peniaga baru yang muncul  menjalankan perniagaan  mereka di rumah atau pun  menjalankan perniagaan secara  kecil-kecilan dengan menyewa  gerai di pusat penjaja. BERITA  HARIAN (BH) menemu ramah  dua penjaja baharu yang  membuka perniagaan mereka  kurang setahun lalu. Sementara  itu, satu kajian menunjukkan  bahawa trend membeli  makanan untuk dibawa pulang  akan membawa kebaikan bagi  F&B kerana kosnya yang lebih  rendah.



DI tengah-tengah pandemik Covid19, orang ramai biasanya lebih berhati-hati apabila membuat keputusan besar dalam kehidupan mereka.



Namun, Encik Abdullah Azzam Jasmani dan ibunya, Cik Zarah Ahmad, pula mengorak langkah berani untuk meneroka peluang baru dalam kehidupan dengan menyelami bidang perniagaan makanan.



Mereka kini mengendalikan gerai Warong Azzam di Pusat Makanan Havelock Road, yang menjual pelbagai masakan Melayu - seperti mi soto, soto ayam, lontong kering, nasi sambal goreng dan sate - pada harga rendah dan berpatutan.



"Saya fikir bila lagi saya nak berniaga. Masa muda inilah kita ada banyak tenaga.



"Memang pada mulanya banyak kerja tetapi sebagai orang muda memang saya nak cari pengalaman dan saya bercita-cita menjadi seorang peniaga," kata Encik Azzam, yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan untuk wadah dalam talian.



Perniagaan milik Encik Azzam dan ibunya ini adalah antara yang mengambil bahagian dalam satu inisiatif sokongan pemasaran oleh syarikat telekomunikasi StarHub.



Inisiatif itu menawarkan sokongan pemasaran secara percuma selama setahun kepada perniagaan kecil demi membantu peniaga mempertingkat penjualan dan mengiklankan khidmat mereka kepada orang ramai dengan memanfaatkan kepakaran pemasaran di dalam dan luar talian (omnichannel) StarHub.



Memulakan perniagaan baru di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini tidak mudah, kata Encik Azzam.



Encik Azzam, 32 tahun, berkongsi ketika mereka baru saja mula melayari dunia perniagaan sekitar lapan bulan lalu, pemerintah mengenakan sekatan yang tidak membenarkan orang ramai menjamu selera di luar demi membendung penularan Covid-19.



Namun, keadaan kini bertambah baik dengan orang ramai boleh makan di luar, dan lebih ramai pelanggan kini semakin mengenali gerai mereka.



Tanpa mengetahui sebarang selok-belok perniagaan, Encik Azzam dan ibunya menimba pengalaman menjalankan perniagaan hari demi hari dan dengan hati terbuka menerima setiap maklum balas yang diberikan pelanggan mereka.



Ini juga termasuk mengubah resepi masakan demi memenuhi selera dan cita rasa pelanggan.



"Untuk nasi lemak kita, ada yang minta agar ayamnya lebih garing, jadi kita ambil maklum balas itu.



"Dulu dalam menu tak ada nasi sambal goreng tetapi sebab ada pelanggan yang minta, sekarang kita tawarkan dalam menu juga.



"Dulu, kita ambil sate daripada pembekal tetapi pelanggan tak berapa suka. Oleh itu, kita belajar resepi sendiri dan sekarang kita buat sendiri sate mengikut resepi kita," kata beliau.



Gerai Warong Azzam, yang dibuka dari 8 pagi hingga 10 malam, menjual masakan Melayu seperti nasi lemak, mi soto, lontong, dan epok-epok pada sebelah pagi.



Namun, mulai 5.30 petang pula, mereka akan mula menjual sate.



Encik Azzam berkata ibunya, Cik Zarah, merupakan tukang masak bagi kebanyakan hidangan tersebut, dengan beliau pula akan membantu menggoreng makanan seperti epok-epok dan juga membakar sate pada sebelah petang.



Harga makanan mereka juga rendah - misalnya, mi rebus dan soto ayam berharga $3 - kerana kebanyakan penduduk di kawasan sekitar pusat makanan itu merupakan warga emas dan mereka mahu memastikan harganya boleh dimampui semua.



Encik Azzam berharap perniagaan di gerai mereka itu akan terus bertambah maju dan beliau juga ada rancangan untuk memperluaskan perniagaan mereka pada masa depan.



"Saya ada terfikir juga nak berniaga makanan lain, seperti yong tau foo halal.



"Buat masa ini, kami nak kumpul modal dahulu. Insya-Allah, pada masa depan, mungkin kita mahu buka lagi satu kedai dan kembangkan perniagaan," kata beliau.



Perniagaan kecil yang berminat menyertai inisiatif oleh StarHub itu boleh melungsuri laman www.starhub.com/smallbusinessday.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >