Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dana bantu SME perkukuh daya kemampanan antara harapan Belanjawan 2024

Jan 03, 2024 | 05:38 PM



Firma perkhidmatan profesional EY mencadangkan agar lebih banyak sokongan pembiayaan disediakan untuk membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) mengukuhkan keupayaan kemampanan.

Selain itu, insentif cukai Singapura juga perlu dinilai semula sebelum langkah pembaharuan cukai diperkenalkan di sini.

Demikian antara perkara dalam “senarai harapan” bagi Belanjawan 2024 oleh EY yang dikeluarkan pada 3 Januari, menurut The Straits Times (ST).


Firma tersebut mencadangkan beberapa langkah untuk memperkukuh daya saing ekonomi Singapura, selain menggalak kemampanan, serta membangunkan perusahaan dan tenaga kerja di sini.

Ketua cukai EY Singapura, Cik Soh Pui Ming, berkata dengan rancangan Singapura melaksanakan Tunggak Kedua bagi Hakisan Dasar dan Peralihan Untung (Beps 2.0), prospek ekonomi tidak menentu dan ketegangan geopolitik kian meningkat, 2024 mungkin menjadi tahun yang sukar dan mencabar.

Langkah dan dasar cukai amat penting kerana ia “membolehkan usaha menyokong matlamat ekonomi Singapura dan melakar pertumbuhan negara yang seterusnya”, katanya.

Tonggak 2 Beps 2.0 memperkenalkan kadar cukai efektif minimum 15 peratus untuk syarikat besar berbilang negara.

Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengumumkan semasa Belanjawan 2023 bahawa cukai baru itu akan dilaksana di Singapura pada atau selepas 1 Januari 2025.

EY menggesa pemerintah supaya “berfikiran terbuka dan fleksibel” dalam menilai semula insentif cukai yang sedia ada di Singapura.

Ia menarik perhatian negara lain juga memperkenalkan perubahan insentif cukai sebelum melaksanakan cukai baru itu.

Antara lain, ia menyarankan satu skim “kredit cukai boleh dikembalikan” untuk perniagaan yang terlibat dalam kegiatan kurang intensif modal.

Ini termasuk industri berorientasi perkhidmatan yang mungkin tidak menerima geran tunai tradisional.

EY juga mencadangkan beberapa langkah yang menggalak syarikat menyahkarbon.

Memberi contoh, rakan kongsi perkhidmatan cukai EY, Encik Chai Wai Fook, berkata pembiayaan bersasar boleh diberikan kepada SME untuk melabur dalam penetapan harga karbon dan projek pengurusan pelepasan karbon.

Langkah tersebut boleh merangkumi potongan lanjut ke atas perbelanjaan syarikat atau pembiayaan bersama bagi projek tertentu, dihadkan pada $400,000, tambahnya.

Di samping itu, bagi mengurangkan kos perniagaan, EY mencadangkan potongan cukai lebih tinggi diberi kepada perniagaan yang membeli kredit karbon untuk memenuhi sasaran pelepasan karbon, tertakluk kepada had tertentu.

Bagi menggalak penggunaan kenderaan elektrik (EV), EY mencadangkan insentif Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi perbelanjaan berkaitan EV.

Bagi membangun tenaga kerja Singapura, had pelepasan cukai boleh dinaikkan bagi yuran pelbagai kursus peningkatan diri.

Pada masa ini, pelepasan cukai itu dihadkan kepada $5,500 sejak 2011 bagi individu yang mengikuti kursus kemahiran diri atau memperoleh kelayakan akademik, profesional atau vokasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >