Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma S’pura luaskan pilihan produk, dengan bantuan program EnterpriseSG

Apr 22, 2024 | 04:25 PM



Syarikat bioteknologi Mirxes menyaksikan peningkatan lebih seganda kepada lebih 300 kakitangan di seluruh dunia, berbanding lebih 100 pekerja sahaja pada 2021.

Saiz syarikat tersebut membesar dalam masa tiga tahun sahaja.

Syarikat yang beribu pejabat di Singapura itu yang menceburi bidang teknologi canggih RNA, teknologi sama yang digunakan dalam vaksin Covid-19, juga mempunyai operasi fizikal di Amerika Syarikat, China, Hong Kong, Jepun dan Asia Tenggara, serta pelbagai kegiatan komersial dalam pasaran Asia Pasifik lebih luas.

Walaupun ia berpangkalan di sini, ia sentiasa memerhatikan potensi besar di rantau ini, lapor The Straits Times (ST)


Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mirxes, Dr Zhou Lihan, berkata: “Sebagai penggerak pertama dalam pasaran pengesanan barah secara tepat, yang baru berkembang di rantau ini, Mirxes bersedia menguasai (pasaran ini).”

Syarikat tersebut membangun dan memasarkan secara komersial ujian darah yang tepat, tidak invasif dan dimampui berdasarkan teknologi mikro-RNA untuk mengesan penyakit pada tahap awal, termasuk barah.

Ia menyatakan bahawa pertumbuhan syarikat itu turut disokong program Enterprise Singapore (EnterpriseSG) yang membantu syarikat tempatan berkembang lebih pesat.

Mirxes menyertai program Scale-Up SG pada 2020 dan menjalin kerjasama dengan rakan kongsi utamanya, firma perunding pengurusan EY-Parthenon.

Sehingga kini, program Scale-Up SG, yang bermula pada 2019, telah menyokong sebanyak 92 syarikat daripada pelbagai sektor dalam melakar rancangan dan mencapai sasaran pertumbuhan masing-masing, menurut EnterpriseSG.

Program tersebut bertujuan membantu mengembangkan lagi syarikat Singapura yang berpotensi tinggi untuk menjadi syarikat cemerlang di peringkat sedunia.

Syarikat dengan ibu pejabat sejagat di Singapura yang menunjukkan rekod pertumbuhan kukuh dan kepimpinan yang baik dipelawa menyertai program kelolaan EnterpriseSG itu.

Syarikat berkenaan juga mesti bercita-cita membawa perniagaan mereka ke peringkat sedunia dan melakukan transformasi.

Tiga percubaan pertama program Scale-Up SG melibatkan sejumlah 47 syarikat telah mencapai kadar pertumbuhan pendapatan sebanyak 68 peratus secara purata, dalam tempoh dua tahun sahaja.

Sekitar separuh daripada 47 syarikat tersebut turut memasuki pasaran baru.

Sekitar 85 peratus daripadanya juga berjaya melancarkan perniagaan dan produk baru selepas menamatkan program tersebut.

Sekitar satu pertiga daripada syarikat yang menyertai program itu juga berkembang melalui usaha sama, penggabungan dan pengambil alihan syarikat.

Pengarah pembangunan perusahaan pertumbuhan EnterpriseSG, Cik Lee Meilian, berkata:

“Melalui program ini, syarikat bekerjasama dengan rakan kongsi dan pakar berbeza dalam merangka strategi untuk berkembang ke pasaran baru, mengusahakan tawaran produk baru, malah membangun model perniagaan baru.”

Beliau menambah bahawa agensi tersebut juga menyediakan bantuan bersasar, misalnya, membolehkan perkongsian pengetahuan industri dan pasaran, memberi akses kepada petunjuk perniagaan di pasaran luar negara dan menyesuaikan sokongan pembiayaan.

Syarikat lain yang mengikuti program Scale-Up SG juga berjaya berkembang ke luar negara.

Naib pengerusi dan pengarah urusan Mercantile Pacific, Encik Karan Narula, berkata: “Dengan berkembang ke pasaran baru dan menerima teknologi digital, kami dapat membuka peluang pertumbuhan baru dan terus berada di hadapan trend pasaran.”

Syarikat Mercantile antara lain menawarkan huraian dalam pengedaran peranti elektronik dan telefon bimbit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >