Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Google buang ratusan lagi pekerja

Jan 11, 2024 | 05:19 PM



SAN FRANCISCO: Syarikat pencarian Internet, Google, memberhentikan ratusan pekerjanya dalam beberapa divisyen syarikat itu pada 10 Januari, dalam usahanya mengurangkan perbelanjaan sedang ia memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI).


Dengan pembuangan pekerja itu, syarikat itu mengikuti langkah banyak syarikat lain yang mengurangkan pekerjaan teknologi pada 2024, lapor The Straits Times (ST).


Syarikat itu memberhentikan pekerja dalam divisyen kejuruteraan utamanya, serta mereka yang bekerja bagi projek Google Assistant, iaitu pembantu maya kawalan suara, dan dalam divisyen perkakasan yang menghasilkan telefon Pixel, jam tangan Fitbit dan termostat Nest, menurut tiga individu yang memiliki pengetahuan mengenai langkah pemberhentian pekerja itu.

Beberapa ratus pekerja daripada organisasi kejuruteraan utama syarikat itu, kehilangan akses korporat dan turut menerima notis bahawa tugas mereka telah dihentikan, kata dua daripada mereka.

“Kami terpaksa membuat keputusan sukar mengenai pekerjaan bagi sebilangan pekerja Google ketika ini, dan kami kesal untuk memaklumkan anda bahawa jawatan anda kini ditiadakan,” kata syarikat itu kepada sebilangan pekerja dalam divisyen itu, menurut teks yang diteliti oleh The New York Times.


Google mengesahkan pemberhentian pekerja bagi projek Google Assistant, yang sebelum ini dilaporkan oleh Semafor, dan pemberhentian pekerja perkakasan, yang sebelum ini dilaporkan oleh blog 9to5Google.

“Kami secara bertanggungjawab melabur dalam keutamaan terbesar syarikat kami dan peluang penting pada masa depan,” kata jurucakap Google dalam satu kenyataan.

Langkah mengurangkan pekerja di Google meneruskan trend pemberhentian pekerja bidang teknologi, selepas syarikat besar seperti Google, Meta dan Amazon memberhentikan ribuan pekerja pada 2023.

Dalam tempoh 10 hari pertama 2024, lebih banyak syarikat mengumumkan pemberhentian pekerja.

Pada 10 Januari, Amazon membuang ratusan pekerja daripada khidmat penstriman Twitch, Prime Video dan studio MGM.

Pada Januari 2023, Google memberhentikan 12,000 pekerjanya iaitu 6 peratus daripada jumlah pekerjanya.

Google, yang mempunyai seramai 182,000 pekerja pada 30 September 2023, berkata pemberhentian kerja kali ini adalah sebahagian daripada langkah menyusun semula syarikat itu dalam menjalankan urusan biasa perniagaannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >