Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga rumah tidak dijangka terus naik: Desmond

Jan 08, 2024 | 03:00 PM



Harga rumah di Singapura tidak dijangka naik secara berterusan kerana sudah terdapat tanda-tanda pasaran perumahan awam dan privet yang menyederhana.

Namun, kadar gadai janji rumah dijangka kekal tinggi, yang akan memberi kesan kepada pembeli dan pemilik rumah.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dalam temu bual dengan The Straits Times (ST) dan akhbar berbahasa Cina Lianhe Zaobao pada 28 Disember.


“Kami menjangkakan (kadar faedah) kekal tinggi untuk tempoh lebih lama... antara 3.7 dengan 4.4 peratus. Oleh itu, ia akan memberi kesan,” katanya.

Di tengah-tengah prospek ekonomi Singapura lebih suram pada 2024, ramai rakyat Singapura kini mengamalkan sikap “lebih bijak dan berhati-hati dalam persekitaran tidak menentu ini”, jelas Encik Lee.

Beliau menarik perhatian ekonomi di pelbagai negara utama juga dijangka mengalami pertumbuhan lebih perlahan di tengah-tengah ketegangan geopolitik akibat konflik di Timur Tengah dan Eropah.

Permintaan perumahan di sini melonjak semasa pandemik Covid-19, dengan bilangan pemohon kali pertama flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik sebanyak 80 peratus dari 2020 hingga 2022, berbanding dari 2017 hingga 2019.

Kesan pandemik yang melambatkan kerja pembinaan, di samping mengurangkan bahan binaan serta tenaga pekerja menyebabkan waktu menunggu lebih lama bagi flat BTO.

Ini mendorong sebilangan pembeli memilih flat jualan semula HDB, dan menyebabkan harga flat jualan semula lebih tinggi, kata Encik Lee.

Kelewatan dan ketidakpastian daripada skim flat BTO juga menyebabkan sebilangan bakal pembeli memohon flat lebih awal, manakala peralihan demografi ke arah saiz isi rumah lebih kecil turut meningkatkan permintaan.

Pemerintah berusaha mengatasi masalah bekalan dan permintaan flat yang tidak seimbang, termasuk dalam pasaran rumah privet sejak beberapa tahun lalu, kata Encik Lee.

Pihak berkuasa merancang membina 100,000 flat BTO dari 2021 hingga 2025. Sekitar 63,000 flat telah dilancarkan pada 2023 dan lagi 19,600 dijangka dilancarkan pada 2024.

Kadar permohonan juga menjadi lebih mantap, dengan 1.9 pemohon kali pertama bagi setiap flat pada 2023, turun daripada 3.7 pada 2019, kata Encik Lee.

Bekalan tanah bagi perumahan privet juga dinaikkan pada 2023, dengan 9,250 unit rumah ditawarkan sebagai sebahagian daripada 15 tapak pembangunan yang disahkan di bawah program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS).

Jumlah itu adalah yang tertinggi dalam satu dekad, kata Encik Lee.

Lagi 5,450 unit rumah merangkumi 10 tapak pembangunan rumah privet dijangka ditawarkan pada separuh pertama 2024.

Pasaran sewa, yang mengalami permintaan tinggi semasa pandemik Covid-19, ketika ramai menyewa rumah sementara menunggu pembinaan flat mereka yang tertangguh, juga mula menunjukkan tanda-tanda reda.

Ini disebabkan keadaan yang kembali normal selepas pandemik, di samping bilangan unit rumah yang kini siap dibina.

Pada 2023, hampir 42,000 rumah awam dan privet siap dibina, merangkumi sekitar 21,400 flat HDB dan 20,400 unit rumah privet.

Ini merupakan bekalan tahunan tertinggi bagi rumah siap dibina di kedua-dua pasaran itu sejak 2017, katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >