Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hati-hati permainan kripto: Ada tarikan tapi pemain perlu keluar wang sebelum nikmati laba

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



PERMAINAN blockchain yang membolehkan pemain meraih ganjaran token digital kini semakin popular sejak beberapa bulan lalu.



Namun, pemain akhirnya perlu membelanjakan banyak wang, sedang kebanyakan permainan ini memerlukan pemain untuk membeli watak atau barangan sebelum mereka boleh menyertai permainan itu.



Satu contoh permainan blockchain yang popular ialah Axie Infinity, yang memerlukan pemain membeli tiga "Axies" untuk membentuk satu pasukan bagi menyertai permainan itu, pada harga kira-kira AS$600 ($819).



Axies ialah haiwan peliharaan dan pemain menggunakan haiwan itu untuk bertarung, membiak dan memperdagangkannya dalam permainan tersebut, yang meraih inspirasi daripada siri Pokemon.



Pengguna aktif permainan itu, yang dibina di atas blockchain Ethereum oleh pembuat permainan Vietnam Sky Mavis, meningkat daripada 30,000 pada April kepada hampir dua juta pada bulan Ogos.



Pengguna aktif permainan itu, yang dibina di atas blockchain Ethereum oleh pembuat permainan Vietnam Sky Mavis, meningkat daripada 30,000 pada April kepada hampir dua juta pada Ogos.



Terdapat kira-kira 1,200 permainan blockchain, dengan kira-kira 70 permainan baru ditambah setiap bulan, menurut penjejak pasaran kripto DappRadar.



Hampir 50 peratus dompet kripto aktif yang disambungkan kepada aplikasi tanpa kuasa pusat bulan lalu digunakan untuk permainan tersebut, menurut The Straits Times (ST).



Encik Dominic Ryder, pengasas bersama vEmpire, yang melancarkan permainan blockchain Roman Empire bulan ini, berkata: "Tarikan permainan blockchain ialah pemilikan aset dan juga 'play-to-earn' (bermain untuk meraih pendapatan).



"Blockchain membolehkan pemilikan aset yang jarang didapati sebagai NFT (token tidak mudah alih). Ini bermakna terdapat pasaran jualan semula untuk mereka dan pemain itu boleh menjana wang, bukan hanya studio permainan itu."



Permainan yang membolehkan pemain untuk meraih pendapatan itu telah menarik minat penggemar seperti Encik Sathyaraj Vijaya Thever dan pelabur runcit.



"Ini menjadikan permainan itu lebih seronok, kerana pemain boleh bermain dan memperoleh sedikit wang pada masa yang sama," kata Encik Sathyaraj, yang mengendalikan firma pembangunan mudah alih dan laman web Webby SG.



Beliau sebelum ini memperoleh token digital bernilai $300 hingga $400 sebulan menerusi permainan blockchain selama tiga jam sehari.



Beliau kemudian melihat peluang untuk meraih pendapatan pasif dan meningkatkan saham kepada kira-kira AS$8,000 ($10,900) dalam permainan itu, dan mengupah 15 pemain untuk bersaing bagi pihaknya.



Bulan lalu, pemain berusia 31 tahun itu memperoleh $3,000 selepas membahagikan separuh daripada keuntungannya dengan pemainnya.



Beberapa pelabur berpendapat adalah lebih stabil untuk mengembangkan aset digital mereka dalam permainan blockchain berbanding dengan perdagangan semerta (spot trading) di platform pertukaran mata wang kripto.



Kebanyakan permainan tersebut memerlukan pemain membeli watak untuk mula bermain. Pemain perlu menyelesaikan kegiatan tertentu dalam permainan itu atau bertarung dengan pemain lain untuk mendapatkan token yang kemudiannya boleh dipindahkan ke pertukaran kripto dan untuk mengeluarkan wang.



Di permainan Axie Infinity, 'Axies' ialah NFT yang boleh didagangkan atau ditukar kepada wang tunai dalam pertukaran NFT.



Secara amnya, lebih banyak masa yang diluangkan bermain, lebih banyak yang boleh diperolehi.



Pengasas bersama dan ketua eksekutif Emerge Esports, Encik Roy Kek, berkata: "Walaupun benar beberapa permainan memerlukan pemain untuk mempunyai pelaburan awal untuk memperoleh beberapa aset dalam permainan untuk memulakan sesuatu, permainan kripto juga menyesuaikan 'model biasiswa' di mana pelabur yang berminat boleh membiayai pemain lain yang mahir dengan aset awal untuk bermain bagi pihak mereka."



"Model biasiswa" ini dan hasil daripada permainan ini telah menjadikan Axie Infinity sebagai satu sumber pendapatan bagi sesetengah warga Filipina semasa pandemik Covid-19.



INFOGRAFIK: CARA BERMAIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >